Tuesday, July 19, 2011

Perlu ka memBURUKkan Polis?

Pasca BERSIH 2.0 telah menimbulkan sejenis perasaan yang tidak suka dan membenci Polis Di-Raja Malaysia yang membuak-buak di kalangan orang muda dan beberapa jenis orang tua di Malaysia. Kebencian dek kerana "kekejaman" PDRM dalam menangani isu yang ditimbulkan tatkala berlaku perhimpunan "agung" pencinta keBERSIHan di Malaysia. Kita abaikan isu perhimpunan "agung" tersebut. Aku nak bincang isu PDRM yang dibenci ja.
**agak-agak ada komen yang tidak berkaitan, anggapkan sahaja mereka itu TIDAK PAHAM ISU. :P

PDRM atau nama panjang Polis Di-Raja Malaysia bertugas untuk menjaga keamanan dan juga keselamatan rakyat Malaysia. PDRM berada di bawah naungan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Ini bermakna PDRM bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala bentuk ancaman keselamatan yang berlaku dalam Malaysia. Maka bidang kuasa mereka meliputi segala hal berkaitan keselamatan dan ancaman dari dalam Malaysia.

Sebagai kerajaan pemerintah, apa jua kaedah boleh digunakan untuk memastikan negara kekal selamat dan terjamin kebahagiaan rakyat Malaysia untuk menjalankan aktiviti mereka di seluruh pelusuk negara. Oleh yang demikian, PDRM akan bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk memastikan keselamatan dan kebahagiaan kita sentiasa kekal dan terjamin.

Cuba kalau semua orang BENCI dan tak percaya pada PDRM?

Siapa nak jaga dan tolong uruskan andai berlaku masalah berkaitan ancaman keselamatan kat kita? Mungkin kalau hal individu tak terasa sangat melainkan berlaku bencana yang menyusahkan hidup kita (contohnya accident ka, member rumah mati ka dll). Tetapi, di peringkat kerajaan pemerintah, ianya mampu memberikan kesan besar.

Bila SEMUA rakyat Malaysia dah benci dengan PDRM, andai berlaku pertukaran kuasa di dalam politik Malaysia, adakah mampu pihak kerajaan pemerintah (pada masa itu) mampu mengawal keadaan dengan baik??? Dengan kerjasama yang paling bagus dari pihak PDRM?

Kesimpulannya TAK PERLU nak memburukkan Polis kalau sekalipun anda mahu memBERSIHkan Malaysia dari anasir hina dan keji.

Sebarang komen amatlah dihargai.