Pasukan bolasepak IMPORT!

Perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia Brazil antara Malaysia menentang Singapura semalam telah menjadi perlawanan yang agak beremosi bagi penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih kurang 20 minit dari 90 minit masa perlawanan dibazirkan dengan adegan lakonan pecah kepala, patah kaki dan retak tulang di kalangan pemain pelawat.

Stadium yang penuh dengan ]penyokong Malaysia telah menggamatkan keadaan. Semua berusaha memberikan sokongan sepenuh hati bagi menguatkan semangat 11 pemain Malaysia yang beraksi di padang. Biarpun wujud sedikit penyokong dari negara seberang selat, tapi jeritan mereka kekal tenggelam dengan sokongan padu rakyat Malaysia.


Pada mata aku, memang suara politik negara seberang selat itu sangat lantang dan lancang. Tapi ini tidak bermakna mereka boleh  berkuasa dalam semua bidang. Dalam hal bolasepak, Malaysia kian meningkat naik. Kiranya dalam hal perlawanan semalam, mereka seolah-olah menjadikan perlawanan bolasepak satu perlawanan pelancongan santai dan sesi berguling dan menikmati rumput Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ada kemungkin rumput di negara seberang selat tu mengalami masalah debu yang terlampau akibat proses pemanasan pulau haba seiring dengan pembangunan yang memajukan negara mereka. Lantas rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi mangsa untuk "dinikmati" mereka tatkala 90 minit yang penting untuk Malaysia dijadikan pentas gulingan kegembiraan mereka.

Mungkin sebab tu la kot mereka perlukan pemain import. Kerana rakyat mereka kurang profesional dalam bersukan. Dan kurang bersemangat untuk berjuang dalam sukan yang menjadikan mereka tampak lembik. Tahniah buat pasukan import yang berjaya membawa nama Raja Hutan dengan kaedah yang memualkan aku.
Isu Antarabangsa
July 29, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Hebat!