Bersyukurlah..

Ada beberapa masalah manusia yang menjadikan manusia TIDAK BAHAGIA.

Tatkala kita mengeluh dengan apa yang kita ada, kita selalu terlupa bahawa TUHAN sentiasa bagi kita peluang baru. Maka bersyukurlah kita sepatutnya. Untuk anda tahu, samada peluang itu masih ada atau tidak, senang saja. Selagi anda mampu menjumpai waktu pagi hari, bermakna ada peluang baru yang TUHAN kurniakan untuk kita.

Tatkala kita mengeluh ada orang lebih berjaya dari kita, cuba kita fikir, cukupkah SYUKUR kita atas apa yang TUHAN berikan hingga saat ini? Mungkin kita ketiadaan harta yang banyak. Mungkin blog kita trafik tak mencanak yang memungkinkan pendapatan yang lumayan dari blog kita. Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa kita masih mampu mengekalkan idea baru dan buah fikiran melalui entry baru di blog setiap hari.

Syukur itu sangat positif kepada manusia. Dari syukur kita akan dapat pasrah. Dari pasrah kita akan dapat sabar. Dari sabar kita akan ingat TUHAN.
Diriku
July 6, 2011
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…