BERSIH 2.0 : Jenama, Perjuangan dan Realiti.

**sila baca page MAKLUMAN sebelum membaca entry ini dengan penuh emosi dan rasa jiwa-jiwa.

9 Julai 2011 menjadi tarikh keramat buat sebahagian rakyat Malaysia yang mahukan keBERSIHan dalam sistem Pilihanraya sedia ada di Malaysia. Maka turunlah rakyat Malaysia yang ribuan banyaknya untuk "berjuang" di jalanan untuk menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong bagi membuat perubahan kepada sistem pilihanraya di Malaysia yang dikelolakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Maka aku rasa nak bincang sikit hal Bersih 2.0 yang aku anggapkan projek provokasi paling berjaya menimbulkan semangat perjuangan dalam menuntut sesuatu perkara dari kerajaan pemerintah dengan menggunakan jenama yang baik di mata kebanyakan rakyat.
Kredit doodle kepada Rem Dambul

Bersih 2.0 di sudut Jenama.
BERSIH sememangnya satu brand atau jenama yang baik di kalangan pemuda dan juga rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya di Malaysia. Bagi mereka yang berada di pihak BERSIH, pengendalian pilihanraya yang ada di Malaysia. Oleh yang demikian wujudlah 8 tuntutan BERSIH yang menjadi mesej utama yang ingin disampaikan kepada kerajaan pemerintah dengan menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong.

Berikut ialah 8 tuntutan yang dikemukakan:
  1. Bersihkan senarai undi.
  2. Mereformasi undi pos.
  3. Gunakan dakwat kekal.
  4. Masa kempen minima 21 hari.
  5. Akses media yang bebas dan adil.
  6. Kukuhkan institusi awam.
  7. Hentikan rasuah.
  8. Hentikan politik kotor.
Sememangnya penjenamaan BERSIH sebagai satu bentuk badan bebas untuk memperjuangkan pemBERSIHan sistem pilihanraya di Malaysia sangat bagus hinggakan ia diterima oleh banyak pihak berkepentingan, golongan profesional dan juga golongan belia di Malaysia. Jenama BERSIH juga telah berjaya meyakinkan kebanyakan orang dengan prinsip membersihkan pilihanraya di Malaysia.

Klik seterusnya untuk mengetahui Perjuangan & Tuntutan


Perjuangan BERSIH 2.0.
Hasil jenama yang mantap dengan keyakinan yang tinggi serta sokongan padu aktivis berpengaruh di Malaysia, BERSIH telah mewujudkan elemen perjuangan di kalangan penyokongnya. Dari info yang aku dapat, kesemua pejuang BERSIH akan diberikan sehelai T-Shirt kuning dengan sejumlah wang sebagai elaun untuk mereka berjuang ketika perhimpunan diadakan.
Aku sendiri mengakui bahawa terdapat beberapa tuntutan boleh dipersetujui (tuntutan ke 5, 6, 7 dan 8), namun demikian ada beberapa tuntutan lain (Tuntutan 3 - 5) mungkin perlukan penelitian dan kajian yang lebih mendalam kerana tuntutan sebegini melibatkan SEMUA pengundi yang turun mengundi. Malahan tuntutan masa kempen minima 21hari pernah diamalkan ketika pilihanraya 1962 hingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei.

Semangat perjuangan ini memang mudah untuk ditiupkan kepada rakyat Malaysia yang sememangnya berdarah pejuang. Malahan ada yang mengatakan bahawa perjuangan ini memang amalan kita terutama di kalangan orang Melayu ketika menentang Malayan Union suatu masa dahulu. Alasan "bijak" ini memang bagus. Cuma, penyesuaian yang cuba diterapkan tidak cukup bagus. Mungkin di zaman penentangan Malayan Union, proses pengambil alihan kuasa itu dijalankan hingga meruntuhkan institusi raja yang menjadi tunggak utama sistem pemerintahan Malaya.

Kini, masalah yang diutarakan hanyalah masalah sistem pilihanraya. Kalau nak dikatakan SPR tidak membuka ruang untuk rakyat memberikan pendapat, mungkin dengan jenama yang baik tadi tidak cukup kuat suara mereka untuk didengari.


Realiti BERSIH 2.0
Apabila penyokong BERSIH turun ke jalanan utama Kuala Lumpur, perarakan diadakan hingga menyebabkan banyak jalan utama ditutup oleh pihak berkuasa Polis Di-Raja Malaysia. Malahan ini juga telah menyebabkan kebanyakan urusan hari minggu di Kuala Lumpur tergendala.

Tatkala perhimpunan diadakan, banyak lensa yang berjaya merakamkan ribuan aksi dan tragedi yang berlaku. Pihak berkuasa yang menjalankan tugas berlawan dengan pihak yang berhimpun. Slogan yang dilemparkan? "Hidup.. Hidup..", "Bersih.. Bersih..".Tapi, bagi pemimpin parti Pakatan Rakyat yang datang perhimpunan tersebut lebih banyak mengutarakan slogan yang berkaitan Kerajaan Barisan Nasional. Kekejaman dan juga ketidak adilan kerajaan ke atas rakyat.

Bagi polis dan FRU yang bertugas, tugas mereka ialah untuk menyuraikan perhimpunan bagi mengelak kejadian yang lebih ganas. Arahan mereka jelas iaitu meminta pihak yang berhimpun agar bersurai. Apabila lebih 3 kali arahan tidak diendahkan, maka pihak polis dan FRU terpaksa bertindak. Maka tindakan polis dan FRU yang menjadi isu kini.

Segala isu yang timbul hasil perhimpunan ini, kini menjadi bualan. Pada mata kebanyakan orang, polis bertindak kejam dengan mencederakan rakyat.

Bagi aku, segala tindakan polis dan kerajaan pemerintah, tindakan yang wajar diambil. Andai semua pelabur yang melaburkan wang mereka di Malaysia lari dan menarik balik pelaburan di negara kita, kemewahan hidup dan nikmat hidup dengan segala kesenangan di bumi Malaysia mungkin terjejas. Kalau pihak Pakatan Rakyat berjaya sekalipun memerintah Malaysia satu hari nanti, sekurang-kurangnya perkara sama dilakukan ke atas rakyat yang turun ke jalanan berhimpun sebegini.

Satu perkara yang penting untuk kita faham, demokrasi jugak sejenis sistem yang subjektif. Diamalkan di kebanyakan negara di dunia tetapi dengan kaedah dan cara negara tersebut. Ini bukan bermakna Amerika Syarikat negara kuasa besar dunia yang mengamalkan cara pemerintahan demokrasi, maka kita perlu ikut kaedah mereka. Pemilihan pemimpin kita cara demokrasi. Kita ada Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara. Malaysia merupakan antara negara yang menggabungkan sistem Anarki dan Demokrasi dalam membangunkan negara.

Kalau nak sokong dan KLIK LIKE sesuatu, sila fikir dan fahami isu sepenuhnya dengan membuat penaakulan dan pemahaman secara jelas. Kerana aku tahu bahawa penyokong BERSIH bukanlah orang yang tiada nilai mahupun tidak berpendidikan. Malah, golongan profesional. Ada akal, guna akal. Manusia memang ada emosi, tetapi bukanlah untuk digunakan sebagai kaedah berfikir.


Rujukan: Bersih Org, Youtube.com & Blog-blog ahli politik

5 comments:

  1. anda pon tahu orang yg menyokong bersih bukanlah org yg xberakal ramai dikalangan profesional n golongan pertengahan kalau sbodoh2 orang pon dye xkan buat kee membabibuta atleast dye sedar n paham ape yg dye nak mane mungkin org golongan ni sanggop tron dari pelusok negara walhal tahu risiko yg mereka akan tanggung tapi tetap mahu meneruskan kempen ni xde paksaan xde bayaran smestinya ade sesuatu yg ingin mereka sampaikan saya xsebelahkan mane2 pihak tapi salahkan ntok memperbaiki sesuatu,tuntutan tu hanyalah ntok memperbaiki sistem pilihanraya dan memberi kesamarataan dlm berpolitik selaen menolak politik kotor dan rasuah sepatotnya kerajaan amek ini sbagai pengajaran dan tahu menilai yg ade pihak yg kurang bersetuju dgn tindakan mereka so sesuatu penambahbaikan diperlukan now disebabkn liputan media plus rakyat kite yg dok senang2 uplod video kat youtube tu abes mndapat kritikan dunia n mmburukkan imej negara tapi cube tengok ape yg dorang kritik?dunia kritik bagaimana kerajaan handle that rally rather than menghentam that rally..sekadar berkongsi pendapat

    ReplyDelete
  2. *keje
    *salahkah

    ReplyDelete
  3. Iya.. terima kasih encik Anon yg sudi mengomen.

    Tapi confirm ka pergi perhimpunan TANPA BAYARAN???

    ReplyDelete
  4. Pemerhati dari jauh-semua ni melibatkan agenda masing2,dari anwar ibrahim menjadi tpm dan lawannya dahulu adalah kawan baiknya sekarang.kerajaan juga salah dalam hal ini sebab xefektif dalam mengatasi masalah,mana ada kerajaan yang sempurna selain kerajaan Rasulullah.ada caranya utk memberi peringatan kepada kerajaan bukan dengan cara ini.seperti kita tahu anwar ibrahim pernah mencanang satu negara bahawa dia bakal mengambil pemerintahan negara 16september lepas.dari situ kita nampak sifat tamak anwar.kita ada undang2,walau undang2 itu tidak adil,tapi cara anwar jugak tidak adil.kalau pembangkang pegang sekali pon xhairan akan ada seperti ini melawan pembangkang sebab kita ada cara yg sebetulnya.kita tolak ketepi parti politik.lihat pada setiap cara dan agenda mereka.persoalan sekiranya anwar ibrahim xterlibat dalam bersih,adakah ramai rakyat malaysia terutama melayu akan bersemangat join bersih ini?sekiranya anwar masih dalam umno dan penuh taat setia kepada umno,saya rasa dia lah yang Paling lantang menegah bersih.lawan anwar bukan najib tapi mahathir.najib terlalu lemah untuk hadapi situasi seperti ini.najib juga perlukan pembaharuan yang dapat meyakinkan rakyat pada bn seperti dahulu.ingat paling penting anwar ibrahim adalah serpihan umno.

    ReplyDelete
  5. saye xtahu yg laen2 tp kwn2 yg pergi ,pergi dgn rela hati n tshirt tu bukn free tp kne bayar rm35

    n kpada pemerhati dari jauh
    ye kite tahu mmg tu bukan jalan yg trbaek yg kita ade tetapi cube beritahu jalan mana yg boley?media berat sebelah bersuara d parlimen pon kalo over kene gantong so ape lagi yg nak?bukannya xpernah berbincang,sblom diputuskan untuk mnroskan bersih dah banyak kali perbincangan dengan pihak spr ttapi tidak diambil tindakan walhal tuntutan ini hanyalah kesinambungam bersih 1.0 yg tidak tertunai

    mmg xdinafikan setiap org ade agenda masing2 sbb tu namenye politik tapi kite perlu tengok ape yg diperjuangkan

    mmg ye xdinafikan mmg xde kerajaan yg smpurna ttapi amekla tguran tu,masalahnye ape?sbb sume rakyat sayangkan negara kita sape xsayang ngare sendiri

    bukan sahaja rakyat malaysia kat negara ni tapi malahan rakyat malaysia d merata dunia mngikuti perkembangan politik malaysia sbab ape sbab sygkan malaysia ntok bersih aritu rakyat kita d mesir japan canada us australia juga mnunjukkan sokongan adekah dorang ni dibayar?adekah dorang dipaksa buat demikian?

    kalau anda melihat video yg demirakyat or grup kat fb demirakyat bukan sume pembangkang xstuju dgn kerajaan anwar sndiri akui bukannye malaysia xbagos sume ad pngangkutan pendidikan kesihatan peelancongan sume ade

    tapi ape yg diperjuangkan adelah keadilan ntok rakyat,rakyat malaysia berhak dapat ape yg spatotnya isu2 kehilangan duet rakyat felda,mara,tanah melayu yg tergadai,sume2 ni yg diperjuangkan

    kalau ye pon anwar bercongak2 ntok mnjadi PM tu anatare dye ttapi rakyat bukannye berjuang ntok anwar tapi berjuang ntok ape yg diperjuangkan

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.