Wanita dan membuat keputusan.

Hari ni sedikit tertarik apabila suara wanita diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan. Sekurang-kurangnya 30% kuota diberikan kepada wanita sebagai ahli lembaga pengarah dalam sektor korporat dan berkanun di Malaysia. Ini bermakna dalam proses membuat keputusan untuk mana-mana badan korporat dan berkanun di Malaysia akan melibatkan 30% suara wanita.

Ini penting dalam memberikan kesamarataan gender di sektor ini. Perkembangan menarik ini bukan sahaja memberi peluang yang lebih besar untuk wanita memegang jawatan penting dalam badan berkanun serta dunia korporat di Malaysia, malahan memastikan kesesuaian yang terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengambilkira semua pihak dalam membuat keputusan.

Wanita merupakan hiasan dunia. Lagi bijak dia maka lagi indah dunia.

Namun demikian, bagi aku, wanita yang ada dalam perjawatan penting begini perlu memastikan diri mereka kekal profesional. Ini kerana dalam proses membuat keputusan, hal ehwal berkaitan emosi dan personal wajar dikeluarkan dari senarai. Wanita lebih cenderung untuk mencampurkan hal ehwal emosi dan personal dalam karier mereka berbanding lelaki. Maka profesionalisme di kalangan wanita wajar dititikberatkan untuk proses membuat keputusan besar.

Dalam hal berkaitan, tidak bermakna lelaki tidak cenderung untuk melibatkan emosi dan peribadi dalam membuat keputusan, cuma lelaki mampu memikirkan dengan lebih bebas dan pantas demi kepentingan sebegini rupa. Bukan tiada kes individu yang membuat keputusan ini menggunakan emosi dan mementingkan peribadi, cuma di mana kecenderungan  itu mampu wujud dan siapa lebih cenderung untuk melibatkan hal sedemikian dalam membuat keputusan syarikat.

Moga kuota 30% untuk wanita ini akan menambahkan elemen feminin dalam keputusan korporat dan badan berkanun di Malaysia.
Emosi
June 28, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!