Tips membuang staff!

Setiap syarikat yang mempunyai sejumlah pekerja, biasanya tidak mempunyai kuasa untuk membuang staff tanpa sebarang sebab melainkan masalah disiplin yang ditunjukkan oleh staff terbabit. Namun demikian, andai disiplin yang baik ditunjukkan dan juga dengan prestasi kerja yang secukup rasa, ia memungkinkan kewujudan pendengki dan orang yang membenci kita di tempat kerja.

Jadi, sesi menjilat boss dan sesi memburukkan orang lain di mata boss menjadi sesuatu yang BIASA dan kaedah untuk anda menyelesaikan masalah ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk menangani orang yang tinggi nilainya ni tapi hatinya busuk dan keji umpama tahi hasil makanan benda haram!

Jadi, kaedah pertama ialah dengan menggunakan Terms & Condition Bahagian Sumber Manusia yang mana membolehkan pekerja / staff boleh dipindahkan ke mana-mana jabatan dirasakan perlu oleh pihak syarikat. Biasanya perjanjian sebegini telah dipersetujui dan ditandatangani pada awal proses penempatan tempat kerja.

Kemudian, pekerja akan dipindahkan ke jabatan yang mungkin di luar kebiasaan kerjanya dan mungkin juga di luar bidang kemahiran yang ada. Maka dengan ini, pekerja tersebut akan mengalami tekanan kerja yang sangat teruk. Namun demikian atas dasar profesionalisme, pekerja terpaksa pasrah dan akhirnya mencari kerja baru.

Lebih parah, bila pekerja sanggup meletakkan jawatan biarpun tiada pekerjaan baru yang berjaya didapatkan sebagai pengganti.

Hingga saat ni, aku katakan kaedah ini merupakan kaedah PALING BERKESAN untuk menghalau pekerja dari syarikat kita. Sangat menyeronokkan!

Bodoh
June 22, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!