Wednesday, June 29, 2011

Review Transformers 3 - Dark of The Moon oleh lAl

Semalam aku dijemput untuk menonton Premier Screening Transformers 3 - Dark of The Moon. Dan ini adalah review atau ulasan aku berkaitan filem tersebut.


Sinopsis Transformers 3 - Dark of The Moon.
Ini sinopsis yang aku rasa sesuai untuk aku ceritakan ialah Transformers 3 menceritakan kisah perebutan kuasa oleh Autobots yang sudah bertapak di bumi dengan kerjasama yang baik bersama manusia. Autobots berjuang atas dasar kebebasan. Decepticon ialah satu lagi kumpulan robot yang berusaha keras membangunkan semula Cybertron iaitu planet di mana bangsa Transformers ini wujud. Maka dengan kedudukan Autobots yang baik di Bumi telah digunakan untuk memperdayakan manusia lantas mengusir Autobots dari muka bumi dan berkuasa di sini.

Kenapa Transformes 3 patut anda tonton?

1. Bagus untuk graduan yang masih mencari kerja
Dalam kisah yang dimainkan Sam Witwicky yang baru bergraduan dan proses untuk mencari kerja. Proses yang sukar ditambah dengan kehidupan yang ditanggung oleh aweknya menjadikan dirinya sedikit tertekan untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam filem ini juga menunjukkan biar anda mempunyai KABEL sebesar mana sekalipun bukan bermakna anda senang dapat kerja kalau tidak mampu untuk menarik perhatian penemuduga tatkala temuduga dijalankan.


2. Bagus untuk pemahaman politik.
Autobots faham akan kewujudannya di Bumi yang telah memberikan perlindungan terhadap kumpulan robot. Oleh yang demikian kebebasn untuk hidup di Bumi dijadikan satu landasan untuk mereka bekerjasama dengan manusia untuk memperkuatkan sistem pertahanan di Bumi. Akan tetapi, Decepticon yang gila kuasa telah meragut segala kebahagiaan ini. Namun kejayaan memperdayakan dan meyakinkan manusia untuk mengusir Autobots dari Bumi dikira provokasi politik paling berjaya.

3. Kejayaan hubungan cinta 2 darjat.
Carly Miller merupakan seorang gadis yang cantik, seksi dan berada. Dengan kedudukan beliau yang disayangi bos. Namun, kesetiaan Carly ke atas Sam Witwicky melebihi harta dan kedudukan. Biar dia sangat kaya dan sentiasa mendapat godaan dari boss yang nak try dengan dia, tapi keyakinan ke atas Sam (walaupun baru grad dan tiada aset hidup) telah menjadikan hubungan cinta mereka sangat seksi dan menawan kalbu.


4.Manusia = tamak + gelojoh.
Ada satu watak, iaitu boss Carly Miller mempunyai sifat tamak demi memenuhi kehendak dirinya yang tamakkan harta. Malahan beliau sanggup bekerjasama dengan Decepticon demi trend baru dan harta yang lebih banyak. Kerjasama yang pada awalnya nampak sangat berjaya tetapi berjaya memberi kesan mendalam ke atas dirinya juga.

5.Wanita TAK BOLEH buat keputusan!
Salah satu watak ialah general pertahanan Amerika Syarikat yang merupakan seorang wanita ANDARTU. Dalam hal pertahanan negara, watak Mearing ini menunjukkan betapa wanita tidak mampu untuk membuat keputusan kritikal untuk pertahanan negara. Malahan watak ini juga memperlekehkan keupayaan idea orang muda serta keupayaan orang muda untuk membantu negara juga amat aku kesali. Hingga akhir wanita ANDARTU ni masih kekal dengan sikapnya cuma negara dah hancur la akibat tindakan membuat keputusan yang tidak bersifat manusia dan sangat beremosi.

6. Persahabatan melebihi nyawa.
Persahabatan yang baik Antara Sam Witwicky dengan Bumble Bee menjadikan mereka sangat akrab biar Bee sangat sibuk dengan tugas negaranya. Namun demikian, atas dasar percaya dan sayang kepada kawan, hubungan mereka tetap utuh. Malah masing-masing menggunakan keupayaan yang ada demi memastikan masing-masing saling membantu dan bekorban untuk kehidupan yang bahagia.


Mungkin setakat ni saja yang aku reviewkan. Sila tonton, hayati dan nikmati filem aksi paling dramatik setakat ni. Terima kasih pada pasangan Radhiff dan Ina atas jemputan ini. Kalau ada lagi, bawak la ya. Kredit gambar untuk Yahoo Movies.

Sebarang komen amatlah dihargai.