Permintaan yang TAK PERNAH dapat!

Bila tengok episod akhir drama Asmara 2 di TV3 semalam, maka aku ada sikit kesedaran tentang apa yang kita nak dalam hidup. Sikit la. Tak tau lama mana kesedaran ni akan kekal. Cuma yang penting kesedaran sebegini rupa amat penting dalam memberi ruang untuk diri ini berfikir tentang kehendak hati.

Hati memang jadi satu sumber inspirasi untuk akal berfikir. Namun demikian, bukan semua kehendak hati boleh diikuti. Ini kerana manusia mampu terpengaruh dengan kehendak nafsu kerana hati sangat mudah mendapat pengaruh nafsu. Mungkin kerana kedudukan mereka yang agak dekat. Akan tetapi, elemen akal yang wujud dalam manusia sahaja yang mampu memberikan keputusan yang terbaik untuk jasad manusia.

Cuma, gabungan 4 eleman dalam diri manusia (jasad+nafsu+hati+akal) tadi sebenarnya yang membentuk individu bernama manusia. Segala yang berlaku itu adalah dengan keizinan dariNya atas usaha manusia, atas persekitaran yang didekati manusia itu dan juga atas keputusan akal yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Akan tetapi, kebanyakan perkara yang berlaku kat kita biasanya telah ditentukan olehNya. Sebab banyak perkara yang kita nak, TAK SEMUA yang kita dapat. Sebab hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Samada seorang lelaki teruna terpaksa kahwin dengan mak janda yang cantik lagi hot, mahupun terpaksa menjadi pak sanggup (macam dalam cerita Asmara) kepada perempuan yang TERmengandung.

Memang ada manusia yang sentiasa dapat apa yang dia nak. Tapi bahagia sangat ka hidup dia? Cuma bagi aku rezeki lebih kat dia la pasal dapat rasa kesedapan hidup yang orang lain tak rasa. Tapi, bagi manusia yang hidup seksa dan perit macam kita ni, semua orang rasa ka? Tak semua jugak.

Sebagai ayat penyedap rasa untuk manusia yang TAK PERNAH dapat apa yang dia nak, syukurlah nak. Kita ni insan terpilih yang dipilih untuk hidup macam ni. Harapan aku dengan kesusahan hidup sekarang memberikan kehidupan yang membahagiakan di kehidupan akan datang. Insyaallah..
Diriku
June 1, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!