Penuhi kehendak generasi muda.

Ini agenda kerajaan. Juga agenda pembangkang.

Kedua-dua pihak berusaha keras memenuhi kehendak dan selera generasi muda. Maka dengan itu muncullah kajian ke atas generasi muda hingga tercetus istilah Generasi Y. Generasi Y merujuk kepada individu yang dilahirkan pada tahun 1980 hingga 1992 di mana mereka ini merupakan generasi yang dibesarkan dengan perubahan teknologi serta ledakan teknologi maklumat pada usia remaja mereka. Tapi, generasi muda muda yang dimaksudkan dalam usaha yang digerakkan pakatan politik 1 Malaysia ialah generasi muda yang berumur 35 tahun ke bawah.

Tujuan utama mereka ini berusaha keras untuk memenangi hati dan selera orang muda adalah untuk memastikan undi berpihak kepada mereka. Dengan jumlah pengundi yang besar di kalangan pemuda pemudi seluruh negara, golongan ini mampu memberi perubahan besar kepada landskap politik Malaysia.

Pada pendapat aku, tak semua selera dan kemahuan orang muda zaman kini boleh diikuti malah dipenuhi. Ini kerana banyak perkara serta isu yang terjadi sekarang banyak mengubah budaya, adat dan juga jatidiri sedia ada. Bukan bermaksud aku menolak sebarang pembaharuan, tetapi, perlu sebenarnya pemuda pemudi tahu erti usaha dan kerja keras untuk berjaya.

Kalau hidup ni sentiasa senang, maka tak ada thrill la hidup ni. Maka kematangan pun tak berapa nak mantap sangat. Adakah ini jenis generasi yang dimahukan untuk masa depan negara?
June 17, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…