Wednesday, June 8, 2011

Minggu AKHIR.

Syahdu terasa
Umpama diri terkena bisa
Dek pengakhiranmu kini tiba

Adanya kamu
Malamku meriah,
Adanya kami,
hujung mingguku tiada gundah
Adanya kamu
kreativiti bertambah

Duhai dirimu,
aku sayang kamu
aku suka kamu
tiada yang lebih menarik
tiada yang lebih berkesan
tiada yang mampu menaikkan semangat sepertimu

Tatkala imam berceramah tentang dirimu,
Ideamu jualah yang dimahukan,
Tatkala pendakwah mengkritikmu,
Idea ini jua yang diaplikasi untuk berdakwah
Idea ini paling berkesan di kala ini

Biar ia dunia fantasi
Biar ia limpahan hiburan
Biar ia banyak kritikan
Tetapi dirimu tetap kamu
Tetap dengan kaedahmu
Tetap dengan jiwamu

Di kala akhirmu,
Percuma segalanya untuk pencintamu
Ada yang suka, ada yang sedih
Itulah kamu
Akademi Fantasia.

Sebarang komen amatlah dihargai.