Lawatan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur merupakan salah satu tempat yang menarik untuk kunjungan keluarga mahupun untuk menaikkan semangat cintakan alam sekitar. Ini kerana di tempat konservasi / pemuliharaan gajah "yatim" inilah merupakan tempat di mana gajah liar dijaga dengan rapi di samping dengan memastikan makanan yang mencukupi untuk mereka.


Untuk ke pusat konservasi ini anda hanya perlu melalui Lebuhraya Timur - Barat menghala ke Kuantan dan keluar mengikut exit Lanchang. Dari situ anda boleh nampak papan tanda arah ke Pusat Konservasi Gajah ni. Sangat senang jalannya.

Di sini pelbagai aktiviti yang mendekatkan anda dengan hidupan liar yang mengalami ancaman kepupusan ini. Anda boleh memberi makan kepada gajah dan yang paling menarik ialah mandi bersama anak gajah di sungai berhampiran. Kesemua aktiviti yang dijalankan di sini adalah PERCUMA dan anda perlulah mendapatkan tiket percuma di kaunter yang dibuka bermula jam 10 pagi ini.

Ini sesi memberi gajah makan.
Datang sini anda boleh naik gajah dengan PERCUMA.
Sesi mandi bersama gajah. Pastikan anda bawa pakaian lebih.
Kami berposing dengan anak gajah! 

Lawati laman web mereka di Laman Web Perhilitan & Laman web Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.
June 20, 2011
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…