Jiwa mulia.

Biar banyak kes jenayah kejam di Malaysia, sebenarnya ramai ja manusia mulia yang wujud di Malaysia ni. Cuma manusia mulia ni AMAT KURANG diberi perhatian lebih di media massa malahan orang ramai pun TAK MINAT sangat nak tau betapa mulianya hati manusia di Malaysia ni. Mungkin sebab tu la berita hal kemuliaan hati manusia kurang diberi perhatian di Malaysia.

Manusia yang ada jiwa MULIA ni bermaksud manusia yang baik orangnya. Yakni andai berlaku sesuatu kekejaman ke atas dirinya, dia akan membuat balasan baik ke atas individu yang telah melakukan kejahatan ke atas dirinya. Biar luka di hatinya, remuk mana keadaan dirinya, pasrah wujud dalam diri. Dan segala kejahatan dilupakan dengan memberi balasan yang baik kepada orang jahat tadi.


Namun demikian, bukan semua orang mampu mengamalkan sifat mulia dalam dirinya. Sebab manusia dikurniakan nafsu. Nafsu inilah yang mengundang perasaan dengki, dan balas dendam pada diri manusia. Justeru itu, untuk mengawalnya ialah akal. Sepandai mana manusia menggunakan akal untuk mengawal nafsu, itulah pencapaian paling hebat yang mampu manusia lakukan demi kebahagiaan manusia sejagat.

Cuba tanya diri anda, berapa kerap anda melakukan balas dendam ke atas orang yang melakukan kejahatan terhadap diri anda?
Emosi
June 8, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!