Hidup SIBUK dan sakit hati HILANG!

Sakit jiwa bermula dengan sakit hati ke atas orang lain secara berlebihan. Tak percaya, sila cuba untuk mencari kesalahan orang dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati ke atas sesiapa yang anda rasakan sangat keji sikap dan perangainya. Maka bermula dari saat itu, anda akan mula rasa tak senang dan menyebabkan jiwa anda tegang sentiasa.

Biasanya kejadian sakit hati yang menghasilkan sakit jiwa ni akan berlaku bila masa 24 jam menjadi terlalu banyak masa terluang. Tiada perkara yang menyebabkan diri kita fikir untuk berjuang ataupun menyeronokkan hati. Oleh yang demikian hati akan jadi sangat suka untuk dipenuhkan dengan sakit hati ke atas orang lain.

Salah satu kaedah paling berkesan setakat ni ialah dengan menjadikan diri anda sibuk dengan aktiviti yang melibatkan komunikasi zahir dan juga batin. Sebagai contoh, anda lakukan aktiviti solat berjemaah di masjid pada waktu Maghrib. Bukan sahaja menyebabkan masa anda terluang, malahan diri anda juga akan terasa tiada masa untuk duduk melepak sambil memikirkan kejayaan orang lain hingga menimbulkan rasa dengki dan sakit hati.

Selain tu, penuhkan masa terluang anda dengan berkunjung dan melakukan pertemuan dengan kawan-kawan yang lama tidak dihubungi. Lepak bersembang tentang perkembangan terkini. Maka bila diri anda sibuk dengan hal sosial sebegini jugak mampu mengurangkan rasa sakit hati.

Menyuap makanan kepada binatang jugak boleh memberikan
kesibukan kepada diri anda. :D
Lama kelamaan, sakit hati, yang memungkinkan kecederaan pada jiwa juga mampu hilang. Tak la anda jadi salah seorang pesakit Alzheimer suatu hari nanti. Ingatlah bahawa tiada kecederaan jiwa maka tiada orang gila.
Emosi
June 21, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!