Baby design!

Bayi yang putih dan comel yang disertakan dengan kebijaksanaan bayi tu menjadi impian banyak pasangan. Ada yang sanggup berkahwin dengan Mat Salleh untuk mendapatkan anak yang comel. Itu alasan kebanyakan perempuan. Ada jugak perempuan yang mahukan lelaki yang comel bagi memastikan anaknya turut comel seperti suami. Mungkin kerana dirinya KURANG comel.

Dengan hasil kajian dalam bidang bioteknnologi, proses untuk memilih jantina anak yang bakal dilahirkan mahupun tahap IQ anak yang tinggi mampu dibuatkan untuk memuaskan kehendak ibubapa yang mahukan anak meraka mengikut pilihan mereka sendiri.

Ini adalah satu peluang yang menarik dan sangat mengujakan terutamanya untuk pasangan yang punya cukup wang tetapi tidak cukup cantik mahupun comel untuk diwariskan kepada anak mereka.

Cuma bagi aku, bayangkan kalau 1000 kelahiran bayi adalah hasil dari kaedah Baby Design. Maka selepas itu generasi seterusnya juga menjalani proses sama, maka ia akan menghasilkan satu kelompok manusia SUPER yang bakal menindas manusia lain. Malah, ia juga memungkinkan kewujudan tingginya kes bunuh diri akibat mahu jadi cantik.

Maka bersyukurlah dengan apa jua zuriat yang dikurniakan pada anda. Cuma pastikan dia tidak mewarisi sikap buruk anda, ini kerana sifat buruk ini akan menyebabkan anak kita dan keturunan sebelumnya juga terlibat dalam penghinaan manusia lain.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.