Ramai orang APLLY keja, tapi berapa ramai yang berkualiti?

Kalau agak-agak tak suka kerja dengan company yang anda kerja sekarang, SILA RESIGN!!!! Ramai lagi yang akan memohon untuk jawatan yang anda duduki sekarang ni. Apa hang ingat senang ka nak dapat kerja sekarang ni?

Tahniah Rita Rudani & Aidil Zafuan atas kelahiran baby ke 2.
GAMBAR HIASAN.
Ini ayat yang PALING SEDAP aku dapat untuk hari ni.

Saya sangat SUKA!!! Sebab memang susah nak carik kerja. Dan sangat susah nak SERASI dengan kerja yang kita perjuangkan setakat ni. Ini belum masuk hal ehwal EMOSI di tempat kerja yang memberikan kesan MENDALAM kepada sesiapa sahaja (walaupun lubang hidungnya tak dalam).

Bagi aku, kalau ramai sangat boleh apply kerja kat company hang yang GAH sangat tu, agak-agak boleh ka dapat yang kualiti yang sekurang-kurangnya SAMA macam aku? Kalau ada yang POINTER LEBIH dari aku sekalipun, belum tentu jalan kerja dia SAMA BAGUS dengan aku! Kenapa masa awal-awal ambik aku kerja tak pikir pulak hal KUALITI atau TAK??

Kesimpulannya, pastikan anda betul-betul BERKUALITI sebelum memohon sebarang pekerjaan. Tak perlu nak tipu cakap berdegar-degar konon nak JUAL DIRI bagi nampak hebat. Tapi tak boleh buat kerja. Jadilah diri sendiri kerana KUALITI DIRI itu akan terbit andai kita benar-benar IKHLAS. Macam aku, tak lancar kecek English, aku admit awal-awal. Bagi orang kat ofis clear dengan aku punya keadaan. Dan kini, aku berjaya MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU kat ofis aku hinggakan orang yang PALING KURANG CAKAP MELAYU dalam ofis pon dan cakap Melayu.

Baguih dak?
Diriku
May 3, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Mari kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional

Kejayaan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri S…

Hebat!