PIJAK, meMIJAK, dan terPIJAK

Bila manusia berdiri, maka dia akan MEMIJAK tanah. Mungkin kerana dirinya cukup BERKUASA dan mampu untuk berjalan dengan megah dan bangga. Tanah yang HINA itu dipijak dengan megah dan bangga walaupun dia sebenarnya menjadi TERAS dalam membolehkan manusia berdiri tegak.

Manusia juga sangat suka PIJAK lipas. Contohnya aku. Mungkin sebab lipas ini makhluk kenit yang seringkali mengganggu kawan-kawan yang takut lipas. Maka dengan kuasa yang ada pada aku yang besar dan kuat serta gagah, aku PIJAK saja lipas yang aku anggap tak berguna dan kotor itu. Kesian si lipas. Tiada dosa dia buat, tapi tetap kena pijak.
GAMBAR HIASAN

Namun demikian, TAHI ialah satu benda yang hina, keji dan kotor. Malah dalam Islam pon TAHI diberikan istilah sebagai NAJIS. Bunyi pon dah kotor. Tapi, manusia yang berjalan dengan megah dan bangga dengan kekauatan dan kuasa yang ada tadi pasti TERHINA dirinya apabila berjalan TERPIJAK TAHI. Maka manusia tadi perlu beristinjak untuk membersihkan TAHI yang telah DIPIJAK tadi.

Sepandai-pandai kita MEMIJAK di bumi ini, maka satu hari nanti kita akan TERHINA dengan kebanggaan yang kita PIJAK selama ni. Tak masa hidup, mungkin masa mayat kita dah terbujur nanti. Samada keadaan tu HINA atau tak, bergantung pada sehebat mana kita melangkah.
Emosi
May 4, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!