Perlu ka calon isteri PANDAI MASAK?

Manusia sangat SUKA ikut CAKAP ORANG. Apa trend yang berlaku di kalangan orang sekeliling, itu yang dia suka buat agar diri tidak tercicir dari arus modenisasi. Bila orang guna Blackberry, dia pon nak. Bila orang pakai baju warna terang berderang, dia pon nak. Dah lumrah macam tu. Nasib baik beruk tak boleh jadi trend setter, kalo tak kompem kaedah beruk pon akan manusia jadikan trend kehidupan.

Bila ramaaaaaaaaiiii orang kata,

"carilah calon isteri yang PANDAI MASAK, baru la senang hati"

Aku pikir la, ada betulnya pesanan tu, kenyang perut senang hati. Tapi ada satu lagi pesanan yang menarik perhatian aku,

"pastikan berat badan suami naik selepas kahwin, baru anda dikira isteri yang BERJAYA!"

Waw! Ini pesanan yang sangat menarik (sambil tangan kat bahu lidah terjelir) sebab mana-mana lelaki yang mempunyai 6 pax bakal memiliki bola bowling kat perut bila dah kahwin. Hebat!

Dia ni calon isteri yang pandai memancing!
- GAMBAR HIASAN

Itu orang kata! Perlu aku kisah? Perlu! Cuma aku kena pikir pada fikiran waras dan bijak! Perlukah perempuan tu PANDAI MASAK? Bagi aku kalau dapat calon isteri yang pandai masak bermakna BONUS untuk lelaki tu. Sebab, tak perlu la lelaki tu jadi bahan eksperimen untuk kelas masakan bila lepas kahwin nanti. Maka si suami makan ja la kerjanya dan ini pula bergantung pada tahap kerajinan si isteri untuk memasak.

Apa jadi pula kalau calon isteri TAK PANDAI MASAK?

Di sini perlunya kerjasama. Bila calon isteri TAK PANDAI MASAK, dia seharusnya tunjukkan usaha pada calon suami untuk berusaha mempelajari kaedah memasak. Tak kisah la dalam apa jua cara sekalipun. Maka susah payah bila dah bergelar isteri sekalipun untuk menaikkan reputasi memasak kepada suami Insyaallah bakal dihargai sepenuhnya suami. Yang penting, kritikan tak perlu pedas sangat, dan usaha untuk meningkatkan prestasi memasak dinaikkan.

Kesimpulannya, kalau anda jenis calon suami yang mementingkan makan, pastikan anda bersedia untuk dijadikan TIKUS PUTIH sebagai tempat ujian eksperimen masak memasak calon isteri yang tak pandai masak. INGAT! Pandai masak itu BONUS untuk anda.

Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.