Meatball IKEA tiada SIJIL HALAL.

Pagi tadi aku baca satu blog ni, aku mula membayangkan kesedapan meatball IKEA yang sedap dan LAZAT! Aku sendiri pernah rasa. Makan sesungguh hati tanpa ragu sebab aku YAKIN akan status HALAL dia.Bila ditunjukkan resipi meatball IKEA ni, baru aku tau ada 250mg minced pork dalam meatball tu.

Tengok betul2 kat INGREDIENTS dia. Atau KLIK untuk pengesahan di laman web IKEA.

Jadi, aku masuk laman web JAKIM di www.halal.gov.my untuk mencari pengesahan. Tapi dalam senarai yang disediakan tiada pulak. Lalu aku telefon pihak JAKIM. Selepas talian aku dipindahkan sebanyak 4 kali, akhirnya aku dapat pengesahan dari seorang pegawai bertugas. Katanya hari ni saja dah 3 orang telefon bertanya soal yang sama. Menurut beliau lagi pihak IKEA tidak pernah membuat permohonan pensijilan HALAL di foodcourt mereka. Ini sesuatu yang MENAKJUBKAN!

Sebab aku dah makan situ lebih dari 3 kali. Dan dah beratus ribu umat Islam terpedaya dengan pekerja Islam yang bekerja di foodcourt IKEA. Sangat menakjubkan!

Kesimpulannya, Kalau rasa amalan macam pelik ja tak cukup dan macam tak diterima, cuba pikir bab makanan kita. Lagi satu, kalau benda HARAM lain pon dok teguk, aku nasihatkan teruskan menikmati meatball IKEA kerana ia mempunyai NILAI dan sama dengan HARGA yang lebih murah untuk menikmati benda haram!

Patutlah orang kata benda HARAM ni selalunya SEDAP! Memang SEDAP pon! Cis.
Bodoh
May 23, 2011
1

Comments

  1. Bodohnya kamu ni, recepi tu untuk orang Bukan islam website Bukann Malaysian punya. Memangla recipe original Ada Babi tapi kat Malaysia takde. Faham!!!

    Memang sedih saya baca blog ni patutla kaum melayu Islam tak pernah maju. Sebab memang orang macam kamu bodoh. Sebelum kamu nak maki hamun saya ni pun orang Islam tapi lagi cerdik dan pandai la Dari awak.

    Baca news terbaru, ikea meatball terbukti HALAL.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…