Tuesday, May 10, 2011

Manusia PALING sabar di dunia!

Agak lambat entry aku kali ni. Tapi dek kerana menyambut Hari Ibu selama seminggu outstation dengan mak aku, maka ini hari baru dapat aku kongsikan dengan anda semua kisah ibu.

Ibu, mak, mama, ummi dan sewaktu dengannya, bergantung kepada jenis bangsa dan keluarga anda. Namun maksudnya tetap sama. Dia yang melahirkan dan membesarkan anda. Kalaupun anda dilahirkan tanpa ibu, tapi akan tetap wujud nilai keibuan dalam hidup setiap insan. Kerana setiap manusia akan dibesarkan dengan nilai keibuan yang datang dari pelbagai jenis manusia walaupun dari insan berjantina lelaki.

Sejak lahir, manusia memang dah menyusahkan ibunya. Tatkala kecil, asyik saja menangis untuk minum susu. Bila dah mula membesar, kian menjadi nakal. Ibu tetap bersabar dalam membentuk diri anak tersebut. Bila masuk umur persekolahan, ibu kian sibuk dengan persiapan baju sekolah, makanan dan ditambah pulak dengan perangai anak yang mahu itu, tak mau ini. Maka ibu menjadi insan PALING KREATIF untuk memastikan kehendak anak dipenuhi.

Bila masuk umur remaja, dengan kaedah tersendiri. Menguruskan anak yang baru mengalami umur baligh, memastikan ilmu yang cukup untuk anak hidup berdikari. Kemudian si anak membesar menjadi dewasa, ibu juga yang pening memikirkan calon isteri untuk menjadi peneman hidup anak-anak. Ini belum ditambah dengan masalah rumahtangga anak yang kadangkala melibatkan ibu dalam hal dalam kain mereka.

Itulah ibu. Biar umur anda dah mencecah 60 tahun sekalipun, andai ibu masih hidup, dia tetap bersabar dengan segala karenah anda. Bayangkan 60 tahun hidup bersama perangai anak yang dah difahami sejak kecil. Biar jahat mana anak itu, biar kejam macam mana anak itu, dia tetap menyayangi anak. Tetap sabar. Biar bedekad lamanya. Kasih dan sayang ibu tu kekal dalam sanubarinya.

Kalau bab kawan-kawan, ada ka kawan yang sanggup tahan dengan karenah dan perangai kawannya? Kalau bab boyfriend / girlfriend, ada ka yang sanggup tahan perangai pasangan mereka? Ada yang sanggup mengalah dalam situasi paling menyakitkan hati?? Ada yang sehebat insan bergelar ibu?


Sayangi ibu anda. Maka anda akan sayang kawan-kawan serta ahli keluarga anda sepertimana sabarnya ibu menyayangi anda. Insyaallah hidup bahagia.


**Nak tau macam mana kisah mak aku, baca dalam entry dalam link ni.

Sebarang komen amatlah dihargai.