Manusia HAMBA MASA!

Pengurusan masa merupakan isu yang tak mungkin tamat hingga kiamat. Ini kerana masa yang diperuntukkan untuk setiap manusia hanya 24 jam. Apa jua kaedah boleh digunakan dengan kebijaksanaan akal masing-masing untuk menguruskannya.

Ada manusia yang memperhambakan dirinya dengan menghabiskan masa untuk bekerja dan mencari wang sebanyaknya demi kepuasan nafsu diri. Ada juga kerja menghabiskan masa dengan melepak dengan kawan-kawan. Ada yang tidur sepanjang masa. Tak kisah la apa kaedahnya, manusia ialah hamba ALLAH dan juga secara realitinya hamba kepada masa!

Namun demikian, biar sesibuk mana pun kita, beberapa perkara menjadi sangat PENTING untuk kita luangkan bagi memenuhi jiwa dan nafsu sebagai manusia. Berikut ialah susunan yang aku cadangkan mengikut keperluan:

  1. Masa kepada Pencipta.
  2. Masa untuk menginsafi diri
  3. Masa kepada Keluarga
  4. Masa kepada Kawan-kawan.

Bagi aku 4 perkara ni PALING PENTING untuk kita luangkan. Perkara WAJIB lain seperti kerja, makan, suka-suka di mana-mana tu memang akan berlaku. Cuma 4 perkara ni kita jarang ambil perhatian sangat. Cuba kira balik, dalam 24 jam, brapa masa kita amek untuk 4 perkara ni?

Kadang-kadang memang pening.
Kadang-kadang ia memerlukan masa yang singkat ja untuk kita luangkan. Yang penting kualitinya tinggi agar ia jadi bernilai! :D
Diriku
May 27, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!