Wednesday, May 11, 2011

Kesusahan menjadi SUAMI BAIK.

Ramai gadis mengimpikan untuk mempunyai SUAMI BAIK dalam hidup mereka. SUAMI BAIK pada takrifan kebanyakan wanita seluruh dunia ialah SUAMI yang mampu memberikan kerjasama yang baik dalam menjalani hidup dalam rumahtangga. Kiranya ada kerja yang boleh dibantu, maka bantuan diberikan cuma tanggungjawab asal seorang SUAMI dan isteri perlu dikekalkan.

Itu biasa berlaku pada peringkat awal perkahwinan. Biasa berlaku ya, bukan semuanya berlaku.

Bila ada SUAMI BAIK dalam rumahtangga, kebanyakan wanita mempunyai kecenderungan untuk bersikap Queen Control terhada SUAMI mereka. Kecenderungan ini sebenarnya mampu menyebabkan lelaki TERPAKSA melakukan sesuatu yang pada asalnya hanya bersifat bantuan semata-mata. Contohnya memasak. Sebagai wanita, salah satu tugas utama sebagai isteri ialah memasak untuk SUAMI. Sememangnya tiada kesalahan untuk SUAMI membantu isterinya memasak, ia memerlukan seorang lelaki mengalah dengan ego yang ada pada dirinya untuk memasak bagi santapan sang isteri. Kalau setiap hari SUAMI ja yang kena masak, itu dah tahap melampau la.

Namun demikian, andai berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada isteri, contohnya tiba-tiba isteri sakit, atau mengalami kecacatan fizikal, maka segala tanggungjawab yang ada pada isteri jatuh pada SUAMI. Kalau kes macam ni, tak kisah la apa pun, SUAMI kena la buat demi kebahagiaan rumahtangga.

Kesimpulannya, kecenderungan wanita untuk bersikap MENGAWAL dan BERKUASA dalam keluarga menjadi cabaran besar kepada lelaki yang BAIK untuk kekal BAIK dalam hal rumahtangga. Sebabnya lelaki perlu berusaha keras untuk memantapkan ilmu agama di samping ilmu kekeluargaan demi pengurusan keluarga yang cemerlang dan bahagia.

GAMBAR HIASAN.

Perkahwinan ialah pilihan kita untuk hidup bersama selamanya (yakni dunia akhirat), oleh yang demikian usaha untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan itu sesuatu yang wajib kita usahakan.

**ini sekadar pendapat berdasarkan pandangan, tontonan serta pembacaan kes-kes keluarga. :D

Sebarang komen amatlah dihargai.