Wednesday, May 4, 2011

Hina ka anak HARAM tu?

Anak HARAM merupakan antara istilah popular dalam usaha memaki hamun seseorang. Ia menunjukkan betapa hinanya seseorang itu sejak ia dilahirkan. Maka makian jenis ini boleh dikatakan SANGAT KASAR kepada individu yang tak biasa bergurau atau telinganya bersifat SUCI dari segala hal yang kotor untuk didengari.
Pokok ini TAK SALAH, yang salah tu, pandangan serta
pemikiran orang yang

Anak HARAM atau anak luar nikah bermaksud individu yang lahir dari hubungan seks yang dijalankan secara HARAM yakni pasangan yang TAK BERKAHWIN, menjalinkan hubungan seks dan menghasilkan anak. Maka anak itu dikatakan sebagai anak luar nikah sebab dia disenyawakan ketika tiada hubungan yang melibatkan pernikahan dibuat.

Tapi, HINA sangat ka anak haram ni? Layakkah dia kita HINA dan keji? Atau layakkah dia untuk dipinggirkan dari masyarakat?

Persoalan ni sering timbul di kepala aku. Bagi aku, anak itu TAK PATUT kita pinggirkan, HINA mahupun dibuang! Yang KEJI, HINA dan patut dipinggirkan ialah sikap mak & ayah (selalunya hanya diketahui ibu mengandung tu saja).

Anak yang lahir itu ibarat kain putih. Maka kaedah mana ia dicorakkan, kaedah mana dia dibesarkan, maka itulah yang akan membentuk sifat, peribadi dan sahsiah anak tadi. Sebarang faktor keturunan perlu dipastikan secara TEPAT agar tidak berlaku perkahwinan adik-beradik satu hari nanti. Itu yang paling penting.

Sebarang komen amatlah dihargai.