Hibernasi penawar tekanan!

Andai tekanan itu berlaku, semua pembuluh darah bakal kembang dek pergerakan pantas darah dari semua celahan pembuluh darah. Andai wujud sumbat dan sendat akibat kolestrol yang tinggi, memungkinkan peningkatan tekanan selaras dengan prinsip Bernoulli di mana "halaju tinggi = tekanan rendah, manakala halaju rendah = tekanan tinggi".

Salah satu penawar berkesan bagi aku ialah dengan membuat sesi hibernasi. Iaitu mengurangkan aktiviti dan berjumpa mahupun berkomunikasi dengan manusia sekeliling walaupun berada dalam satu rumah yang sama. Penting bagi aku kerna andai berlaku komunikasi yang melibatkan perkataan yang SALAH di segenap pelusuk fikiran aku mampu menghasilkan ungkapan yang lebih hina daripada najis. Kesannya bukan aku saja tekanan, orang sekeliling pon tertekan.

Hibernasi cara aku ialah tidur.

Tidur dalam jangkamasa panjang (yakni melebihi 12jam) banyak kesan tak bagus. Tetapi bagi mengelakkan situasi yang lebih hina dan keji dari tak bagus, baik aku tidur sebagai jalan penyelesaian. Di samping anda tak payah nak fikir hal semasa dan keserabutan otak, tidur juga memungkinkan anda mendapat mimpi indah dan menikmatinya dengan penuh nikmat. Andai ianya mimpi ngeri sekalipun, sekurang-kurangnya ia hanya mimpi yang menjadi permainan paling seronok untuk dimainkan.

Kadang2 gadis ni sampai jugak dalam mimpi. - GAMBAR HIASAN.

Kiranya anda tidak dapat menghubungi aku melebihi 8 jam, maka anggaplah aku tengah hibernate di dunia aku sendiri. Tak perlu tanya kenapa, sebab ini bukan kisah kita. Tapi kisah aku. :D


Kredit gambar : totallycoolpix.com
Emosi
May 23, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!