Thursday, May 12, 2011

Hari Guru 2011

Insyaallah 16 Mei 2011 akan menjadi tarikh ingatan bagi anak murid ke atas guru-guru yang pernah mengajar mereka. Itu bagi pelajar yang paham erti kenang jasa dan erti menghargai. Untuk itu, kerajaan Barisan Nasional Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran telah memberikan Tema Hari Guru 2011

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Ulasan aku berkaitan tema Hari Guru 2011, guru (tak kisah yang memegang jawatan di sekolah mahupun di mana-mana tempat di pelusuk bumi ni) seharusnya bersikap kreatif dan inovatif dalam memastikan sistem pendidikan negara terus berdaya saing seiring dengan kemajuan teknologi semasa.
Ini Cikgu Shara yang pernah piat
telinga aku sebab aku
terlalu BAIK.. :D

Pada pandangan aku, cabaran guru kini lebih getir kerana kebanyakan murid sekolah kini telah menjadi terlalu bijak dek kerana kaedah dan zaman mereka dibesarkan telah didedahkan dengan pelbagai ilmu kehidupan yang kebanyakannya kurang sesuai untuk ditayangkan pada peringkat umur mereka. 

Salah satu kemungkinan lain yang memungkinkan ramai pelajar kini semakin "bijak" dan loyar buruk ialah apabila ramai yang dibesarkan dengan susu formula yang meningkatkan hubungan antara sel dalam otak. Hinggakan banyak pekara yang tidak patut pun dikaitkan dalam kepala otak mereka.

Cabaran lain yang perlu dihadapi guru zaman kini ialah sikap ibubapa kini yang SANGAT PREVENTIF ke atas kelakuan anak mereka. Bagi mereka, sebarang hukuman dari guru itu sesuatu yang menyebabkan anak mereka sakit dan nampak menghinakan. Malah hingga kini, guru menjadi takut kepada pelajar dek sikap ibubapa yang TIDAK PERCAYA kepada tugas guru.

Untuk itu, guru yang cukup CEKAL dan TABAH sahaja mampu menguasai keadaan. Bagi aku, biarlah kuasa menghukum dan mengajar diberikan sepenuhnya yang penting hukuman itu tidaklah memberikan KECACATAN KEKAL kepada anak murid. Kalau setakat kena cubit sampai lebam tu biasa la. Budak-budak kalau terlalu dimanjakan sangat aku PASTI bila dah meningkat umurnya akan menjadi anak yang bakal MENIPU dan menyusahkan kehidupan TUA mak bapaknya. 

Kesimpulannya, guru bukanlah umpama Optimus Prime yang mampu mentransformasikan diri dan menghasilkan sihir yang menjadikan seseorang menjadi pandai dan bijak. Akan tetapi, guru sebenarnya menjadi MASTER MIND dalam membentuk kaedah berfikir, kaedah berusaha dan yang penting mencurahkan ilmu akademik kepada anak didiknya.

Sayangi guru anda. Telefon dan smslah mereka. Andai tiada lagi mereka di muka bumi ini atau lost contact berdoalah kita seikhlasnya agar mereka diberikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tanpa mereka, kita tidak mampu menjadi insan yang mampu berdikari seperti kini.

**Jangan lupa, mak abah pun guru jugak!

0 comments:

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.