Dunia pekerjaan. Senang ka?

Zaman sekolah, memang sangat menyeronokkan. Apa yang perlu anda fikirkan hanyalah belajar dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya mendapat keputusan peperiksaan (UPSR, PMR, SPM mahupun peperiksaan akhir semester) yang cemerlang. Pasal duit, anda tak perlu fikir. Ini kerana ia telah menjadi tanggungjawab ibubapa mahupun abang atau kakak yang sudah bekerja untuk membantu menyediakannya untuk anda.

Sebagai manusia normal, biasanya kita akan minta untuk cepat datang dunia pekerjaan. Itu keluhan yang paling banyak aku dengar bila bersembang dengan golongan pelajar ni.

Ingat nak cari kerja tu senang?

Adakah anda tahu bahawa menyiapkan portfolio atau resume merupakan perkara paling leceh dan mengambil kos yang agak tinggi terutama dalam proses permohonan pekerjaan.

Ini belum lagi masuk dunia pekerjaan. Tekanan kerja akibat bos yang "tersangat baik" dan "sangat suka" dengan anda. Ada lagi pulak ditambah dengan kedengkian rakan sepejabat dengan "kehebatan" yang kita ada. Itu semua pasti berlaku bila dah masuk dunia pekerjaan.

Bab gaji, biarlah ia bernilai 6000 Ringgit Malaysia sekalipun, semestinya perkataan TAK CUKUP akan terpacul di muncungan mulut manusia yang hidup bekerja. Apatah lagi anda yang baru memulakan hidup dalam dunia pekerjaan yang gaji sekitar 1800 hingga 2000 Ringgit Malaysia. Benar kata orang, besar periuk, maka besarlah keraknya.

Bagi aku, dunia pekerjaan merupakan dunia kehidupan manusia. Apa jenis pekerjaan yang kita buat sekarang, itulah yang akan menjadi rutin kita hingga usia emas kita. Ianya bergantung kepada komitmen dan disiplin diri kita. Tiada 2 perkara ni, maka sampai mati pon, kita takkan berjaya dan bahagia. Percayalah.

Kesimpulannya, dunia pekerjaan ni la MEDAN PERANG! Tak kisah perang mulut, perang maki, perang sakit hati mahupun perang dengki-mendengki.
Bodoh
May 6, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!