Cantik natural atau cantik mekap?

Semua manusia inginkan cantik, kacak dan bergaya. Perkara ini penting dalam proses memberi keyakinan kepada orang lain dengan penampilan diri kita. Maka pelbagai usaha dijalankan untuk memastikan manusia kekal cantik bergaya dan tampan tatkala berdepan dengan orang ramai. Maka aku cuba bincangkan cantik secara natural dan cantik berkat usaha bersolek atau bahasa pasarnya bermekap (make up).

Cantik natural bermakna kecantikan sedia ada yang ada pada diri manusia tu. Kiranya hanya perlu memastikan kulit dijaga dengan rapi, pastikan badan sentiasa sihat dan kekal bergaya dengan apa yang ada tanpa perlu "penambah" atau calitan di muka. Biasanya kecantikan natural itu ada perkaitan dengan kualiti kulit yang ada pada diri dan sejauh mana ia dijaga.

Manusia kan dilahirkan dengan kulit yang bersih dan suci, proses tumbesaran dan penjagaan diri sejak kecil itulah yang memberi petunjuk kepada rupa bentuk kita secara natural. Andai ada yang mengatakan dirinya dilahirkan hodoh! Itu aku katakan sesuatu yang kurang bijak. Patutnya salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dari awal.
Buah besar kadang2 cantik & sedap. Tapi kalau
bukan natural, jadi menakutkan jugak! :P

Tapi, anda sudah terlambat, maka anda boleh kekal cantik dengan bermekap!

Tapi, mekap dan rawatan lain ini mampu memberikan kesan sampingan yang memungkinkan kulit menjadi hodoh. Sangat bahaya. Cuma pandangan aku, untuk sesekali untuk tujuan penampilan dalam majlis tertentu mungkin bagus. Sebab ia penting untuk mengekalkan reputasi dan keyakinan diri.

Kalau masih keliru kecantikan macam mana yang anda mahu pilih, cuba tengok cermin! :P
Fikir2
May 18, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!