Bila kera di hutan yang LEBIH disusukan.

Peribahasa Kera di Hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan membawa maksud mementingkan orang lain dari keluarga sendiri. Selain itu, peribahasa ini juga membawa maksud mementingkan urusan orang lain hingga urusan untuk diri sendiri ditinggalkan.

Sangat tepat kepada pihak yang BARU SEDAR akan kepentingan menggunakan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan di Malaysia. Kini, bila kesedaran timbul, maka pihak berkuasa mula berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia yang belajar dan yang bekerja di luar negara. Ianya untuk memastikan kelangsungan kebudayaan Malaysia dengan penguasaan Bahasa Melayu.

Ini usaha yang bagus.

Macam mana di peringkat DALAM MALAYSIA? Aku rasa ada LEBIH RAMAI yang tak tahu berutur Bahasa  Melayu dengan fasih. Malahan kini lebih ramai anak Melayu lebih bangga dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris demi memastikan dunia glamour dan trendy kekal dalam diri.

Penguasaan bahasa sebenarnya bermula dari tempat bermulanya dunia pendidikan seseorang. Biar kita dibesar dalam keluarga yang bertutur Bahasa Inggeris sekalipun, andai zaman persekolahan diterapkan dengan pertuturan Bahasa Melayu, insyaallah ianya akan menjadikan kita fasih dan selesa untuk berBahasa Melayu.

Selagi sistem persekolahan di Malaysia tidak berSATU sebagaimana usaha untuk menjadikan rakyat Malaysia menjadi SATU, maka usaha ini MUSTAHIL akan berlaku. Malahan, perpaduan antara kita juga bakal berpecah dek kerana sistem persekolan yang tidak berSATU!

Pesanan aku, janganlah hanya mementingkan kera di hutan untuk disusukan, takut nanti anak di rumah mati kelaparan, dan suami di rumah juga turut mati LEMAS akibat susu yang dicurahkan!

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.