Anti sosial!

Social network, jaringan sosial, kawan bersosial dan masalah sosial. Semuanya saling berkait. Bersosial maksudnya berhubung dengan manusia lain. Tak kira hubungan fizikal mahupun hubungan mulut ke mulut. Eh! Hubungan yang melibatkan aktiviti seharian.

Menghadiri majlis kenduri juga satu proses sosial.
Dek kerana JK (Jiwa Kacau) sejak sebulan lalu, baru perasan bahawa sikap ANTI SOSIAL telah aku amalkan sejak sebulan dulu. Tak keluar lepak chill out mahupun keluar hang out dengan sesiapa. Sangat menakjubkan untuk manusia extrovert macam aku.

Kiranya andai Anti Sosial berlaku pada aku, maka JK akan kekal berlaku sepanjang tahun dan sepanjang masa. Apa saja keadaan akan menjadi masalah. Maka ramai kawan baru diperlukan untuk keluar dan lepak sana sini. Mungkin juga aku perlukan lebih banyak konsert untuk menikmati muzik dengan darjah bunyi 92 hingga 95 desible. 

Bagi aku, situasi Anti Sosial sangat memberikan anda tekanan. Ini kerana tiada udara luar yang disedut dan dihembus. Tiada juga sesi mengeluarkan idea dan juga sesi penerimaan idea. Maka segalanya tersekat umpama longkang yang tersumbat dengan sampah yang banyak. Maka air longkang yang busuk membuak meninggi dan menghasilkan bau yang hina lagi keji. Kalau dalam konteks tekanan dalam jiwa, ia akan memberikan anda sejenis perasaan yang sangat hina dan keji. Apa saja perbuatan orang sekeliling anda akan menjadi serba tak kena.


Maka tindakan akhir ialah anda perlu kembali ke jalan yang benar ataupun carilah hobi baru untuk kekal bersosial demi kebahagiaan hati.


**pergi solat berjemaah kat masjid pun satu kaedah bersosial. :D
Emosi
May 25, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!