GAMBAR HIASAN. |
Mungkin ini tak semua perkara boleh aku ceritakan dalam versi penuh walau di mana aku berada. Tambah-tambah dalam blog. Sebab sesetengah perkara dalam kehidupan manusia ni sangat kontroversi sifatnya. Malahan, ada persoalan yg timbul di kepala kita mampu menggugat akidah orang lain. Tapi ianya tiada kesan pada kita.
Inilah cabaran pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. Dalam usaha untuk mengumpulkan segala sejarah yang berlaku di Malaysia yang kecil ni bukan perkara senang. Ini ditambah pula dengan versi cerita dari individu berbeza yang menghasilkan versi cerita yang pelbagai.
Mungkin sebab tu ada pihak, terutama ahli politik cauvinis yang sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan kewujudan awal mereka di Malaysia. Ini mendatangkan marah! Maka aku perlu gali lebih dalam. Korek lebih kasar dan keluarkan apa yang patut untuk dapatkan versi penuh!
related posts
Emosi
April 19, 2011
1
bahasa tinggi ni utk entri nih nih..heheheh
ReplyDelete