Ucapan bermakna atau HADIAH ??

Setiap kali berlaku sesuatu sesi ulang tahun (ulangtahun hari lahir, perkahwinan dan apa saja) semestinya ada yang membuat sesi sambutan yang meriah dan gilang gemilang. Pada aku ianya tidak salah malah mampu memberikan kita tanda untuk diingat dalam kehidupan yang penuh ranjau dan duri ni.

Jadi, yang mana LEBIH BERMAKNA??

Pada pendapat aku, ucapan yang datang dari hati yang ikhlas LEBIH BERMAKNA untuk dijadikan sebagai "hadiah" kepada sesi ulangtahun yang sentiasa diingati saban tahun. Ini kerana ucapan yang terpacul dari mulut atau yang tercetus di hati manusia itu adalah DOA yang dipinta kepada Pencipta untuk individu atau kumpulan yang mengingati satu-satu tarikh.

Bayangkan, andai sambutan ulangtahun pertemuan pertama kita bersama kawan sekolah didoakan oleh sejumlah orang yang ramai yang mendoakan agar kita dan kawan sekolah kita sentiasa bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.Kalau ada 1000 orang yang mendoakan perkara yang sama, bukankah doa itu akan dimakbulkan Tuhan??

Bayang dan fikirkan sendiri.

**Hadiah bukanlah perkara yang tidak bermakna, cuma aku cuba ukurkan ia dalam kadar mana yang memberikan LEBIH MAKNA. Hadiah dan ucapan kedua-duanya memberikan makna. Cuma hati dan mata aku lebih meminati ucapan kerana ia memberikan KELEBIHAN. :D
Diriku
April 14, 2011
3

Comments

  1. i want ucapan bmakna n hadiah hehehe

    ReplyDelete
  2. Maaf yer tuan-tuan, kedua dua perkara boleh didapati andai pemberi betul2 ikhlas..ahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!