Friday, April 8, 2011

Selagi KEADILAN dicari, selagi itu dunia TAKKAN AMAN.

Kalau bab isu politik, semua orang mencari kebenaran atas pendakwaan yang dikemukakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh). Kiranya banyak peguam yang berusaha keras mencari JALAN PENYELESAIAN untuk memastikan pendakwaan ke atas DSAI tidak berjaya lantas membersihkan nama beliau. Itu kerja mereka, aku sendiri pon ada kerja aku. Biar mereka lakukan tugas.

Adakah anda mahu yang kaya terus kaya dan membuat kesalahan tanpa didakwa?? - GAMBAR HIASAN
Tapi sedarkah anda, kalau kita TAKSUB untuk mencari keadilan dalam hidup, selagi tu kita takkan aman dan bahagia. Segala perkara yang ada di dunia ni ada saja salahnya, ada saja yang kejam, dan ada saja yang tidak memuaskan hati. Sebabnya, kita nak saja cari KEADILAN untuk kepentingan diri lantas memberikan peluang kepada diri jadi manusia yang BERKIRA, TAMAK dan PENTING DIRI.

Bagi aku, pekerjaan seorang peguam iala sebagai pembela kepada client mereka dalam urusan berkaitan undang-undang. Kalau client mereka berada pada kedudukan orang yang tak bersalah, maka pendakwaan untuk memastikan defendan ini bersalah ialah kerja si peguam. Akan tetapi, dunia kini kian berubah. Bila pembangkang mengatakan Sistem Kehakiman Negara dicemari orang politik kerajaan pemerintah, mereka bertindak menggunakan pihak peguam bagi memperlihatkan hujah mereka sebenarnya betul.

Dulu, mungkin orang boleh percaya dengan kerja mulia si peguam. Tapi kini ianya boleh dipersoalkan akan kerja mereka.Kerana peguam boleh jadi pihak yang benar dan mungkin boleh jadi pihak yang mempertahankan orang yang salah. Yang penting, ada wang yang cukup untuk dibayar sebagai bayaran perkhidmatan guaman.

Kesimpulannya, kalau rasa hidup TAK CUKUP, maka BERSYUKUR itu lebih baik. Tetapi BERSYUKUR tak bermakna kita boleh dipijak dan diTAHIkan. Kerana semua manusia BERHAK untuk hidup bahagia. Ini kerana kebahagiaan itu bermula dari diri kita.

2 comments

politik semua sama bro. Kalau nak kira rasuah tu jangan cakapler erkkk. yang rugi dan menderita rakyat macam kita ler....kerja keras tapi still x cukup jugak. Harga barang semua naik tapi gaji ttp sama jgk.

kan... selagi ada rasuah selagu tu la... :D

Sebarang komen amatlah dihargai.