Saya sayang mereka!

Selain mak abah, adik-adik dan ahli keluarga, semestinya manusia ada orang yang kita sayang. Sedangkan kucing pon manusia boleh tumpahkan kasih dan sayang mereka. Inikan pulak kawan-kawan yang sentiasa menjadi cermin dalam memberikan diri kita nasihat serta refleski diri dalam usaha membantu kita jadi lebih baik.

Mereka pasangan yang berkenalan selepas aku balik menonton konsert akhir AF8 kat gerai berdekatan Bukit Komanwel, Bukit Jalil. Perkenalan yang singkat ni jadi erat bila kami mengorak langkah untuk mengadakan aktiviti lepak bersama kat I-City Shah Alam. maka bila tiba tarikh keramat 10.10.10 pasangan ni membuat keputusan untuk bertunang dan membuat perbincangan keluarga untuk finalize tarikh majlis pernikahan dan resepsi persandingan mereka.

16 April 2011 jam 9.48malam maka kini sah menjadi pasangan suami isteri. Majlis resepsi diadakan di rumah pihak perempuan pada 17 April 2011. Untuk pihak lelaki, majlis bakal diadakan pada 22 April 2011.

Mungkin kerana mereka ni tempat aku gelak, tempat aku meratap dan tempat aku hilangkan sakit jiwa. Jadi, aku suka lepak bersama-sama. Doa aku, agar mereka berdua kekal bersama selamanya di samping menghasilkan generasi hebat yang bakal mewarisi keturunan pasangan ini. Salam pengantin baru untuk anda berdua. Buat pihak perempuan, anda kini memasuki umur baru dengan kurniaan ahli keluarga baru pada tarikh hari lahir anda. Tahniah untuk kalian.
Diriku
April 18, 2011
1

Comments

  1. selamat pengantin baru utk membe ko..ko bila lg bro?:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Hebat!