Populariti dan DAKWAH.

Dunia sekarang memerlukan populariti untuk mencorak sebarang trend kehidupan. Sesiapa yang mempunyai populariti yang LEBIH, maka dia akan menjadi designer atau trend setter kepada fesyen pakaian, cara hidup mahupun makanan yang dimakan.

Andai populariti camni SANGAT BERKESAN, 
kita tetap ada kaedah tersendiri.. Kan?
Sebagai contoh, dengan populariti yang ada pada artis K-Pop, mereka telah berjaya membentuk cara hidup "moden" kepada peminatnya dengan kaedah berpakaian yang lebih warna dan style rambut yang lebih elegan. Maka anda tak perlu hairan andai peminat K-Pop ini mampu berbahasa Korea dengan fasih TANPA mengikuti kelas bahasa.

Inilah kuatnya penangan populariti sebagai agen dalam membentuk nilai kehidupan manusia. Hingga setakat ni, aku belum jumpa lagi manusia yang minat Lady Gaga hingga sanggup melakukan aksi bogel sepertimana yang dilakukan beliau dalam video klipnya. Akan tetapi, aku percaya perlakuan yang separa senonoh ni diikuti oleh sebahagian besar peminat Lady Gaga secara TERTUTUP!

Disebabkan tu, aku tak terkejut andai Pas kini menarik perhatian ramai dengan menggunakan konsep populariti  dakwah ni untuk menarik perhatian orang ramai dalam MENJENAMAKAN Pas sebagai parti Islam yang memperjuangkan kegemilangan kerajaan Islam. Maka Bob Lokman kini menjadi agen populariti dalam Pas untuk jadi LEBIH popular.

Aku terima konsep ni selagi ianya bagus. Lebih bangga bila konsep yang diketengahkan Imam Muda yang telah naik popularitinya di kalangan pengamal media berpengaruh seluruh dunia. Justeru itu, aku harapkan Imam Muda yang ada menggunakan kaedah yang lebih SEGAR dan MANTAP untuk menyebarluaskan dakwah di kalangan umat Islam di seluruh Nusantara. Insyaallah.

**Jangan lupa menonton Imam Muda 2 di Astro Oasis pada hari Jumaat jam 9 malam.

2 comments:

  1. betol3..bob lokman ngn ustaz azhar memang penceramah yang sedap memberi dakwah..sampai orang singapura pon bleh kenal ustaz azhar

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.