Wednesday, April 13, 2011

Melampiaskan STRESS.

Stress berlaku akibat kekusutan fikiran. Bila fikiran kusut, manusia mula dikuasai oleh emosi yang teruk. Emosi yang teruk ini bila bergabung dengan kepala yang kusut pasti memberikan satu situasi yang "sangat menarik" untuk dilihat. Manusia dengan kejadian uniknya mampu menjadi binatang secara serta merta.

GAMBAR HIASAN
Namun, selagi kawalan akal menjadi pedoman hidup, manusia mampu mengawal desakan nafsu dan syaitan yang bakal menaikkan nilai kebinatangan dalam diri manusia sejak berlakunya sesi kusut fikiran dan gangguan emosi. Kalau wanita mungkin ini selalu berlaku tatkala perubahan nilai hormon estrogen dalam badan. Tetapi bagi lelaki ia sepatutnya mampu dikawal kerana hormon testosteron yang ada jarang berubah nilainya melainkan anda selalu melakukan "pembaziran" hormon tatkala keghairahan melanda.

Dalam usaha melampiaskan stress yang kuat, sesetengah manusia boleh melakukan aktiviti zikir munajat mahupun menyejukkan diri dengan wudhu'. Itu sebenarnya sudah cukup bagi manusia yang bijak menggunakan akal serta kekuatan spiritual dalam dirinya untuk melampiaskan stress yang ada.

Dengan kreativiti yang ada pada manusia memungkinkan kaedah melampias stress menjadi berbeza.Oleh yang demikian, ada manusia melampiaskan stress mereka dengan kaedah makan sebanyak yang mampu. Ada yang mendengar muzik dengan kuat, merokok dan bermacam-macam kaedah lagi.

Bagi aku, biar apa pun cara yang kita usahakan untuk melampiaskan stress, biarlah ia tidak menjejaskan akidah serta tidak memudaratkan kita. Kerana ia mampu memberi kesan jangka panjang kepada kita.

Sebarang komen amatlah dihargai.