Media perlu IKHLAS bukan MUNAFIK!

Blogger ialah dunia media baru yang sifatnya lebih personal dan tertumpu kepada nilai yang cuba diketengahkan oleh pihak editor sendiri (atau dalam hal Blogger, penulis blog itu sendiri yang bertindak sebagai editor). Justeru tu, dalam perbincangan hari ni, aku lebih suka untuk menumpukan aspek Blogger dalam mengklasifikasikan pengamal media yang wujud di negara kita. Bagi aku Blogger kini semakin mendapat perhatian orang ramai untuk mendapatkan berita RAW dari individu tertentu tentang isu-isu terkini.
Inilah wartawan 8tv yang tanya Datuk Seri Anwar hingga beliau naik berang!

Selain itu, Blogger juga kini telah menjadi benteng pertama dalam hal media bagi orang ramai mendapatkan berita terkini tentang isu yang menjadi panas. Isu yang terjadi mungkin menjadi LEBIH PANAS DARIPADA BIASA hasil sesasi cerita yang dicipta Blogger sendiri. Inilah kuatnya penangan Blogger kepada industri media dunia.

Teringat statement dari Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam selepas bengang dengan soalan wartawan 8tv, katanya "media perlu IKHLAS, bukan bersikap MUNAFIK!" itu kata beliau yang aku LANGSUNG TAK OFF RECORD.

Sebagai Blogger bertanggungjawab, anda mampu memberikan cerita ASAL mahupun cerita BENAR. Namun demikian sensitiviti peribadi serta cerita personal orang lain wajar kita ambil berat demi memastikan suasana kehidupan jadi KEKAL AMAN dan terjaga dengan baik. Bahasa mudahnya, TAK PERLU kita malukan orang lain dengan cerita benar yang kita ada. Tak kisahlah dari pihak pemerintah mahupun pihak membangkang.

Jadilah Blogger yang IKHLAS, kerana segala perkara yang dilakukan dengan ikhlas akan memberikan kebahagiaan hati di samping pahala berlipat ganda dariNYA. Insyaallah.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.