Kenapa benda yang kita mintak selalu LAMBAT??

Dalam hidup ni, mungkin kita ada cita-cita yang nak dicapai. Ada banyak benda yang kita nak. Nak isteri cantik la, nak ipad2, nak pakai handphone canggih la dan bermacam-macam lagi. Malah ada yang sanggup ikat perut untuk dapatkan benda (yang bersifat material) tadi. Kalau bab berkeluarga, ada yang sanggup doa bersungguh-sungguh dan ada yang lebih GANAS dengan gunakan teknik bomoh untuk dapatkan seseorang.

Tapi segala yang kita impikan selalunya LAMBAT dari apa yang kita nak. Menyebabkan kita stress dan tak tentu arah akibat LAMBAT dapat apa yang dihajati.

Dia lawak & dia baik dengan semua orang.
Kes 2: Bagi yang selalu lepak kedai mamak atau kedai makan untuk minum-minum dan melepak bersama kawan-kawan, biasanya pengalaman pertama di kedai yang JARANG dikunjungi mampu menaikkan kemarahan.Order air teh O ja pun lambat sampai.
Tapi, cuba kalau kedai mamak tu kita lepak 5 jam sehari. Esok-esok bila kita datang lagi kedai dia pun pastinya segala order yang kita buat akan jadi cepat & sedap untuk dinikmati. Sebabnya?

Semua yang LAMBAT tadi adalah disebabkan masalah HUBUNGAN atau engagement antara 2 pihak. Kalau kes kedai mamak punya kes, masalah kita jarang duduk lepak kedai dia menjadikan order jadi lambat. Begitu jugak kalau nak mintak sesuatu kat Tuhan. Sebab hidup kita dengan Tuhan tetap tak dapat dipisahkan. Kalau permintaan kat kedai mamak yang kita  kena bayar pon boleh jadi lambat akibat kurang engagement dengan mamak tadi, inikan pulak nak dapatkan sesuatu yang PERCUMA dari Tuhan. 

Kesimpulannya, wujudkan hubungan atau engagement yang selesa dengan Tuhan. Agar kita dekat dengan DIA dan segalanya dipermudahkan. Kalau nak cepat berurusan dengan manusia, sentiasa berbuat baik dengan manusia lain kerna manusia ni makhluk yang lemah sebab dia sebenarnya HAMBA ja walaupun dia berpangkat Ketua Pembangkang sekalipun.
Fikir2
April 28, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!