Ke arah pembangkang yang BIJAK!

Saya suka hidup sebagai pembangkang. Ia akan menjadikan saya sangat kreatif untuk memastikan segala perjuangan yang saya lakukan diterima lantas mendapat perhatian semua orang. Kadang-kadang saya terpaksa berfikir secara gila dan keras untuk memastikan idea kreatif tercetus demi kebahagiaan perjuangan dan kejayaan menarik kepercayaan orang.

Maka dengan demikian, saya terpaksa banyak membaca dan menambahkan pengetahuan tentang sesuatu isu. Pembacaan yang banyak dengan memegang pada landasan AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan mampu memberikan kreativiti yang sangat menarik malah mampu memberikan kebahagiaan kepada semua masyarakat dunia secara am.

Oleh yang demikian, timbul persoalan, "bagaimana untuk menjadi pembangkang yang baik?", juga mungkin timbul persoalan tentang "bagaimana untuk menjadi pembangkang yang bijak?". Ini 2 persoalan yang bagus andai anda mahu menjadi seorang pembangkang yang mampu membawa perubahan dengan perlakuan menongkah arus sedia ada.

Kaedahnya mudah, kita hanya perlu membangkang secara bijak dengan mengutarakan persoalan yang bijak atau dalam bahasa Inggeris ia dikenali dengan istilah clever question. Biasanya soalan yang diutarakan lebih kepada fakta sifatnya serta mudah difahami semua orang.

Selain tu, untuk menjadi pembangkang yang baik, kita seharusnya perlu membangkang atas fakta. Andai ada serangan melibatkan peribadi, pastikan handphone sentiasa dibuka. Andai anda menggunakan laman sosial sebagai media perhubungan, gunakan ia untuk memberikan penerangan yang jelas, tepat serta mudah difahami semua orang. Tak perlu untuk kita pusing cerita dan mintak orang lain jawabkan. Kerana tatkala serangan peribadi berlaku, apa yang diinginkan semua orang ialah penjelasan dari pihak kita secara personal.

Maka aku harapkan dengan perkongsian ni membolehkan kita mampu jadi pembangkang yang baik dan bijak lantas menjadi mangkin kepada kemajuan negara. Tun Dr Mahathir sendiri merupakan pembangkang yang lantang bersuara tatkala menjadi ahli UMNO di zaman Tunku Abdul Rahman dulu. Kini, hasil kreativiti serta kebijaksanaan beliau dalam membangkang, beliau telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang terhormat di dunia.
Fikir2
April 12, 2011
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!