Wednesday, April 27, 2011

Kaedah menguruskan si PENDENGKI!

Biar di mana bidang anda berada sekarang, manusia PENDENGKI wajib ada di mana-mana. Kalau anda baik sekalipun orang dengki, inikan pulak anda sememangnya seorang yang hebat dan bergaya. Maka si PENDENGKI jadi banyak di kalangan orang sekeliling anda.

PENDENGKI ni boleh jadi kawan paling rapat dengan kita dan mungkin juga manusia yang tak pernah kita tegur atau jumpa. Cuma jiwanya ada kekacauan hingga terasa dengki dengan orang yang hebat dari apa yang dia ada.

Dengki orang baguih men bola pon boleh meragut TELOR!

PENDENGKI ada 2 kategori:
  1. PENDENGKI langsung.
    Manusia jenis ni mempunyai sifat yang agak berani kerana mampu melakukan aksi DENGKI yakni membuat sesuatu yang menyakitkan hati orang hebat tadi secara langsung atau berdepan. Kisahnya dia ni tak cover la dalam hal mengutuk mahupun "menasihati" orang lain agar membenci anda. Ada jugak kemungkinan dia akan menyerang anda secara berdepan.
  2. PENDENGKI senyap-senyap.
    Ini paling menakutkan. Si PENDENGKI camni ada kemungkinan besar untuk melakukan teknik guna-guna atau lebih mudah difahami, mereka gunakan kaedah bomoh untuk mengenakan orang yang menjadi mangsa DENGKI manusia yang ada masalah mental DENGKI ni.
Bagi aku, salah satu kaedah paling sesuai untuk menguruskan si PENDENGKI ni ialah dengan berdiam diri. Kita duduk diam-diam, buat perkara biasa yang kita buat. Tapi, jangan lupa untuk kekal menjalankan tanggungjawab dengan Tuhan kita. Sebabnya, Tuhan akan melindungi hambanya yang selalu berhubung dan melakukan perkara wajib ke atasnya. Ini sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan penampan atau bahan elak guna-guna. Insyaallah. Tak payah susah-susah nak belajar ilmu kebal atau apa yang sewaktu dengannya.

Memang sukar nk buat tak tau dengan si PENDENGKI nih, cuma kita kena SANGAT PROFESIONAL dalam menguruskan mereka nih. Nak bunuh tak boleh.. DOSA BESAR... :(

Sebarang komen amatlah dihargai.