Haram + Halal = HARAM

Bila mufti Perak mengeluarkan fatwa menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri mengatakan bahawa tarian poco-poco HARAM, ramai yang memberikan pendapat masing-masing. Ada juga mufti yang keluarkan kenyataan ianya tidak HARAM andai ia diguna untuk kesihatan tetapi tidak mengganggu akidah.

Itu baru kes tarian poco-poco.

Banyak lagi fatwa yang telah dikeluarkan tetapi tidak ambil endah oleh ramai orang. Tetapi untuk dunia akhir zaman ni, ramai manusia akan berusaha mengHALALkan perkara yang salah mahupun perkara itu menimbulkan kemurkaan Allah yakni perkara HARAM.

Nasi Goreng Speacial. GAMBAR HIASAN.
Aku ingat lagi ceramah dari seorang Penasihat Badan Pencegah Rasuah dulu, kalau benda haram campur dengan benda halal, ia tetap HARAM. Aku mula terfikir, macam mana benda HALAL dicampur jadi HARAM?? Memang la, kalau contoh kita dapat duit HARAM (sebagai contoh TERmain loteri dan menang RM10 ribu), tapi, kita tak makan, hanya guna untuk beli baju dan barangan lain la. Ini perkara yang ramai orang buat (aku rasa la). Kalau dalam situasi ni aku tak dapat nak gambarkan macam mana percampuran HALAL + HARAM = HARAM.

Situasi yang mudah faham ialah kalau dalam sepinggan makanan, nasi goreng yang HALAL diletakkan bersama dengan daging anjing masak kicap yang HARAM dimakan dihidang bersama dalam pinggan yang sama. Dalam kes ni, pinggan yang bersih dan diperbuat dari bahan yang HALAL, juga nasi goreng yang HALAL bila dicampur dengan benda HARAM maka ia menjadi sepinggan makanan yang HARAM untuk orang Islam.

Kan?? Maka anda kini dah nampak bila dia bercampur, maka HARAM jadinya.

**jangan lupa tonton Imam Muda musim ke 2 di Astro Oasis malam ni. :D
Fikir2
April 1, 2011
2

Comments

  1. haram tetap haram,,umpama air secawan diletakkan setitik arak,,tetap haram

    ReplyDelete
  2. aku suka analogi hang..hahaha..so bnda haram tetap haram mcm yg aku ckp kt entri ni..http://zakihilmi.blogspot.com/2011/03/judi-itu-haram.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Hebat!