Bahasa TUHAN.

Aku selalu sibuk dengan Bahasa Melayu yang setiap hari kian dilupakan penggunaannya secara waras dan betul oleh kebanyakan kita. Itu aku tinggalkan sementara nak bincangkan isu Bahasa Tuhan yang manusia sering lupakan.

Tak perlu memandang sebelah mata tentang Bahasa Tuhan.
Saban hari, kita akan sentiasa berzikir perkataan carut marut tatkala kesesakan lalu lintas yang terpaksa kita alami. Mungkin kalau dalam konteks kerja juga dizikirkan kalimat carutan serta makian ke atas boss mahupun ke atas rakan sekerja kita yang mungkin tidak berjaya memuaskan hati kita.

Bagi yang masih mampu menjaga solat, ungkapan dalam Bahasa Tuhan mungkin akan diucapkan sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Ada sahaja kalimat serta ungkapan yang menggunakan Bahasa Tuhan diucap tatkala mengerjakan kewajipan yang diperintahkan Tuhan.

Tapi pernahkah anda melihat manusia yang sedang sakit ataupun nazak? Tatkala inilah berlakunya sesi bicara dalam Bahasa Tuhan paling banyak dilakukan. Biasanya untuk memastikan si pesakit disembuhkan Tuhan serta diberikan kedudukan yang terbaik di sisi Tuhan.

Agaknya dah berapa lama kita tidak mengungkap Bahasa Tuhan biarpun dalam keadaan membaca kitab yang diturunkan Tuhan? Seminggu sekali? Atau setahun sekali? Atau lebih mantap, bila ada kematian baru nak berbicara Bahasa Tuhan?

Aku sendiri terasa kurang berzikir dalam Bahasa Tuhan. Lebih kepada rapuan serta carutan yang tidak membawa manfaat. Biarlah kita kembali dan merajinkan diri berzikir serta berbicara dalam Bahasa Tuhan agar kita lebih dekat denganNya lantas memberikan kita kekuatan & stamina untuk kuat bekerja. Mungkin juga lebih membahagiakan hati.

Sila cuba sendiri andai anda mahu tahu.
Fikir2
April 7, 2011
5

Comments

  1. Kaizen, thanks.. :D

    Nelly, thanks jugak.. :p

    ReplyDelete
  2. betul tu, kita manusia ni, mudah sangat lupa, lupa pada Yg maha Pecipta, ungkapan2 pujian jarang sekali keluar dri mulut kita, malah cacian, dan carutan yg selalu kita sebut2kan....itu la kita manusia ni, terlalu seronok dengan dunia sementara yang x akan kekal wat selama2nya, Kitak suci Al-Quran pun skrg jd bahan perhiasan di rumah..tu la kita, komen kat fb diutamakan, tapi membaca al-quran entah bila, xkan nk tunggu musibah datang baru nak sedar kan???

    ReplyDelete
  3. Inilah kepentingan menikmati Bahasa Tuhan... :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!