Aura diri datang dari hati yang ikhlas.

Seringkali bila melihat persembahan artis, kita akan merasa "sesuatu" yang ada dalam diri kita hingga mampu menaikkan bulu tengkuk. Serta merta mulut akan berkata "amboi, sedap sungguh suara artis nih". Ini mungkin berlaku bila kita pergi menonton persembahan secara langsung di panggung atau majlis keramaian yang melibatkan penyanyi.

Siti Nurhaliza ketika persembahan di ABPBH2010.
Tapi, ada antara penyanyi atau ahli seni ni mempunyai aura yang sangat kuat. Bila tunjuk muka saja dan mampu memberikan orang ramai satu semangat yang menyebabkan orang terasa nak enjoy dengan persembahan dia. Sebagai contoh, Anuar Zain dan Siti Nurhaliza. Berdiri saja di pentas, orang dah jerit.

Bagi aku, aura yang timbul ni berasal dari hati penghibur tu sendiri. Andai penghibur itu niatnya ikhlas untuk membahagiakan hati pendengar dengan mengalunkan suara dengan kaedah menyanyi, maka kebahagiaan itu akan timbul di hati pendengar lantas memberikan sejenis pesona yang menjadikan persembahan itu menarik.

Macam tu juga dalam perhubungan dengan kawan-kawan dan orang lain. Kita perlu ikhlaskan hati, bahagiakan hati kita. Ini kerana kejernihan dan kebaikan di hati kita akan dizahirkan melalui wajah, kata-kata serta bahasa badan yang menyenangkan orang lain. Bila ia kelihatan menarik, maka faktor X yang terhasil ini akan menyebabkan orang senang untuk bersama mahu berkawan dengan kita.

**biar hidup kita kadang-kadang tak best, tapi kita berhak untuk menjadikan diri kita positif dan ceria selalu. :)
Fikir2
April 6, 2011
3

Comments

  1. wah best nyer .. tuan saye follow tuan .. kalau bermase .. sudi la jenguk2 kat blog sye
    http://wanmohdsalim.blogspot.com/2011/04/bagaimanakah-lagi-segala-nyanyi-dan.html

    update
    biarlah antara hembus angin dan awan berarak .. biar dirimu selalu memerhati .. meski dari kejauhan itu

    ReplyDelete
  2. dari ceria la kita akan jadi positive :)
    siti maken lawa doww

    ReplyDelete
  3. wan, insyaallah sy g jenguk nnti.. :P

    Sha, siti mmg lawa!! comei lagik..aha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!