6ixth Sense di ABPBH 2010.

Anugerah Bintang Popular 2010 merupakan kenangan yang manis buat Adi, Gjie, Wan, Ayoy & Athan apabila kumpulan yang mereka namakan sebagai 6ixth Sense telah membuka peluang yang lebih luas buat mereka. Pemenang Artis Duo / Berkumpulan Paling Popular 2010, kumpulan 6ixth Sense kini maju setapak ke hadapan dengan penuh bergaya.

Ditambah pula dengan kejayaan sebagai pemenang Anugerah Artis Mobile 2010 menunjukkan kumpulan 6ixth Sense merupakan antara artis Malaysia paling maju dalam mengumpul peminat mahupun menghiburkan peminat mereka. Setanding dengan perkembangan teknologi di Malaysia, lagu serta video klip kumpulan ini merupakan yang paling banyak dimuat turun oleh peminat mereka melalui servis yang dikendalikan oleh pihak terbabit yang memberikan peluang kepada kumpulan 6ixth Sense memenangi Anugerah Artis Mobile ABPBH 2010.

Selepas selesai bermekap di bilik bersama dengan Cik manager mereka.

Apabila Ayoy dah macam YB... Saya suka! :P

Masing-masing muka berdebar, macam ada feel menang ja..

Sesi Red Carpet ABPBH 2010.



Bergambar bersama penaja baju untuk ABPBH 2010 Hazwani Osman.

Kesimpulannya, mana-mana artis yang berupaya mewujudkan revolusi dan kejayaan dari perspektif baru akan mendapat sokongan aku. 6ixth Sense telah berjaya membuktikan bahawa dunia telekomunikasi kini merupakan dunia terbaik untuk kekal cergas dalam industri. Moga rezeki 6ixth Sense lebih mekar dan berkembang nanti. Insyaallah.

4 comments:

  1. bro nak bawa revolusi la.. boleh x

    ReplyDelete
  2. akhirnya sixth sense mng gak
    hahaha
    minat gilak ini band
    huhu

    ReplyDelete
  3. aloh aloh team sixth sense.akhirnya menang x)

    ReplyDelete
  4. Bro, kalau ada revolusi, saya sangat suka!!ahahaha...

    Akmal, 6ixth sense kena la menang..penat kot undi..ahahaha

    Syairah.. :D

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.