Tsunami, Gempa Bumi dan Kucar Kacir Rakyat.

Bermula dengan kebangkitan rakyat Mesir, kemudian rakyat Libya. Datang pula dengan pengakuan berani mati Muammar Gaddafi bahawa rakyatnya sangat sayangkan beliau tatkala kebangkitan rakyat yang mahu menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan beliau.

Maka datang Amerika Syarikat dengan menggunakan alasan PBB dan juga NATO untuk masuk campur untuk menyelesaikan masalah "rumahtangga" orang Timur Tengah. Kini semakin ramai rakyat mula bangkit bila kucar kacir kian merebak ke Yaman dan Arab Saudi.

Tatkala kucar-kacir yang menghancurkan segala binaan dan juga kemajuan yang sekian lama wujud itu, maka Tuhan memberikan petanda melalui alam. Gempa yang menggegar bumi di bahagian paling Timur kini telah menjadikan kawasan yang dianggap PALING MAJU dengan teknologi PALING MODEN kepada padang jarak padang tekukur. Bumi Jepun yang penuh dengan rakyatnya bersikap workaholic kini mememerlukan perhatian dan bantuan dari seluruh dunia.

Kredit gambar SANKEI / GETTY IMAGES

Dari ahli politik yang dulu menyokong kebangkitan parti pembangkang Jepun yang kini berjaya memegang tampuk kepimpinan Jepun, hinggalah selebriti bertaraf dunia seperti Lady Gaga, semuanya berusaha untuk membantu Jepun untuk kembali pulih. Moga semua bantuan ini mendapat berkat dan manfaat yang kembali menyatukan masyarakat dunia.

Apakah petanda ini semua? Adakah ini petanda kemurkaan Tuhan kepada manusia yang tak bersyukur dek keamanan dan kemajuan yang telah DIA kurniakan? Atau petunjuk kepada masyarakat dunia agar kembali ke jalanNya lantas kembali menyembahNya. Mungkin juga DIA mahukan kita untuk LEBIH BERSYUKUR dengan kemewahan dan kebahagiaan yang kita kecapi kini.

**maka kembalilah kita ke jalan yang benar. Insyaallah.
Bencana
March 14, 2011
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!