Tak payah KECEWA ataupun TERLALU GEMBIRA! (Bahagian 2)

Baca suratkhabar hari ni, bersepah dengan kejayaan dengan berbelas-belas A+ yang dikecapi oleh calon SPM 2010. Tahniah aku ucapkan. Pesanan untuk yang berjaya telah aku ucapkan dalam entri Bahagian 1 semalam.

Apa perasaan orang yang kecewa dengan keputusan SPM mereka? Kenapa mereka yang kurang berjaya ni selalu tidak mendapat perhatian? Bodoh sangat ka dengan keputusan yang kurang cemerlang tu?

Pesanan aku untuk yang KURANG BERJAYA dalam SPM 2010, tak perlu nak terlalu emosional dalam hal ni. Aku sendiri pernah meratap akibat keputusan yang "sangat cemerlang" dalam SPM zaman aku dulu. Memang mengganggu emosi sikit. Tapi selepas beberapa hari, aku sedar bahawa rezeki itu datang dari Tuhan yang Maha Kaya. Andai kita diberi kegagalan, bermakna ada banyak lagi cabaran hidup yang kita nk kena tempuh.

Oleh yang demikian, aku memulakan langkah.Biar ada antara kawan sekeliling aku yang berjaya melanjutkan pelajaran di bidang yang mereka minati dalam program express IPT dengan pihak sekolah. Tapi aku sabar. Yang penting, keputusan yang kurang cemerlang ini menjadikan aku lebih cepat matang berbanding mereka yang lain. Tu hebatnya bila kita dikurniakan kepayahan dan kesusahan.

Berdasarkan pandangan aku, kebanyakan mereka yang kurang cemerlang dalam SPM ni sangat cemerlang dalam menguruskan hidupnya. Malahan mampu hidup berdikari tanpa meminta-minta pada ibubapa. Malah, mereka ini matang pada usia yang lebih muda dari yang sepatutnya. Kemampuan menyelesaikan masalah hidup.


Selain tu, aku harapkan mereka yang kurang berjaya ni teruskan usaha anda. Buktikan bahawa anda lebih cepat matang, buktikan anda boleh hidup dengan lebih baik daripada kawan-kawan yang SANGAT CEMERLANG dalam SPM mereka. Untuk orang macam kita, banyak cabaran yang nk kena lalui. Tapi kita mampu LEBIH BAHAGIA dalam hidup berbanding mereka yang berlagak setelah berjaya dalam SPM.

Kesimpulannya, dok layan kecewa ja pon tak guna. Sekarang ni bertindak untuk pilih mana haluan hidup anda. Kuasa di tangan anda. Dapatkan nasihat mak bapak.
Fikir2
March 24, 2011
2

Comments

  1. TOTALLY AGREE !
    yang berjaya SPM jangan puas hati sangat
    jaoh lagi perjalanan adik adik oiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!