Tak payah KECEWA ataupun TERLALU GEMBIRA! (Bahagian 1)

Mungkin saat ini ada antara pelajar yang BERJAYA dalam SPM 2010 yang lalu tersenyum puas di samping bersyukur dengan keputusan yang didapati setelah berhempas pulas melalui saat getir tatkala Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ditempuhi akhir tahun lepas.

Gambar kenangan 5 Arrazi 2004.

Oleh yang demikian, bagi yang kecewa, terdapat kes di tahun yang lepas yang berada di tahap DILEMA BESAR dek kerana kecewa dengan keputusan SPM yang didapatinya.Ada juga yang tahap nak BUNUH DIRI akibat keputusan SPM yang didapatinya.

Pesanan aku untuk yang BERJAYA dalam SPM 2010, ini bukanlah satu kejayaan SEBENAR dalam hidup.Tak perlu terlalu gembira. Tapi ia sebagai satu pentas untuk anda memulakan langkah dalam hidup. Kejayaan akademik ini membuktikan pelajaran yang ada dalam diri anda sudah cukup untuk menjadikan anda manusia yang berguna. TAPI, penghayatan ilmu yang anda BERJAYA DAPAT A+ tu yang paling penting. Ramai sahaja lepasan SPM yang BERAJAYA DENGAN CEMERLANG, tetapi GAGAL di peringkat MATRIKULASI. Ada juga yang tak mampu menghabiskan pelajaran di peringkat ijazah dek kerana SIKAP MALAS.

Yang penting, teruskan momentum kejayaan yang anda ada sekarang dan pastikan momentum belajar terus ada untuk menambahkan ilmu. Mungkin hidup di peringkat kolej dan universiti lebih tenang dan bebas, tapi ianya sangat mencabar tahap kematangan anda. Tambahkan kemahiran hidup, tambahkan ilmu kehidupan kerana ramai orang cemerlang akademik, tapi GAGAL menguruskan kehidupan dengan cermat.

**pesanan ni PENTING bagi memastikan yang cemerlang SPM tidak lupa kawan-kawan yang kurang berjaya. Banyak kes camni. Sebab aku berpengalaman dalam hal ehwal ni.

4 comments:

  1. Penat ak taip..

    Anyway ak stuju 500% sbb spm mmg x menentukan ko berjaya di akhirnya atau x..

    Buktinya ak x cemerlang spm tp still dapat move forward in life..

    Spm did not define the end, it may only define ur path.. Haha

    ReplyDelete
  2. thanks cik anon... sebab kes2 yang cemerlang tu jadi hancur banyaaaakkk..

    ReplyDelete
  3. yup2...spm bkn penentu segalanya :) kalau lulus cemerlang SPM tapi kat U hampeh..sama je..haha

    ReplyDelete
  4. tu kalo dapat masuk U.. kalo peringkat matrik pon dah hancur?

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.