SIBUK itu PUAS.

Bagi individu yang tak boleh duduk diam, mereka ini akan mengalami sesak nafas andainya DIPAKSA DUDUK DIAM. Itulah realiti kalau orang yang aktif sifatnya.

Contoh selebriti yang aktif dan sentiasa sibuk dengan aktiviti ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Kiranya dalam hidup beliau, kerja keras itu penting untuk mencapai kejayaan. Aznil atau lebih mesra dipanggil Paknil kini, bangun seawal 4.00pagi untuk bekerja di konti Era.Fm.Kemudian disusuli dengan aktiviti lain termasuklah penerbitan rancangan dan juga sebagai perunding kreatif Astro. Pada pendapat aku, hasil kerja keras Paknil ni lah yang memberikan beliau kedudukan yang beliau ada sekarang.

Projek terbaru Paknil dalam HeroMalaya.

Apa pendapat aku tentang SIBUK?
Bagi aku, menambah kesibukan pada diri akan menjadikan aku puas. Kaitan antara sibuk dengan puas pula, bila aku sibuk, aku perlukan lebih nafas untuk aku tarik dan hembus bagi membolehkan idea keluar mencurah-curah bagi mempercepatkan kerja aku siap. Bila kita sibuk, secara tidak sedar, masa akan berlalu dengan pantas. Untuk menikmati masa yang diberi sepenuhnya, maka kesibukan bekerja sahaja yang mampu memuaskan diri.

JAGA-JAGA dengan PENYIBUK!
Kesibukan kerja, ialah kerja yang banyak dan perlu dibuat dalam masa yang singkat. Menjadikan kita sibuk. Kiranya ia sangat BERBEZA dengan kes MENYIBUK ketika bekerja. Sebabnya, ada saja manusia di tempat kerja yang kerjanya MENYIBUK hal orang lain yang menyebabkan dirinya SIBUK. Sila berhati-hati dengan situasi ini agar tak terjadi kat diri kita.

Yang terakhir, biarlah sibuk mana sekalipun hidup ini, janganlah kita lupa tanggungjawab kita kepada Tuhan. Kerana salah satu janji yang pasti berlaku ialah LAPANG SEBELUM SEMPIT. Maka ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan jangan lupa tanggungjawab 5 waktu.
Fikir2
March 17, 2011
6

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Hebat!