Seronok kan kalo MAKI POLIS?

Apa kata kita hamun ja polis tu?
Apa kata kalo kita jerit "BODOH!!" kat polis tu?
"Polis ni bangang la.. Tak reti nak buat keja betul-betul!"
"Isk, polis ni asyik buat roadblock ja! Tadak keja lain ka? Nak duit la tu!"

Itu semua merupakan antara ungkapan yang selalu orang katakan. Itu semua baru melibatkan polis trafik. Belum lagi hal berkaitan saman mahupun berkaitan politik lagi. Tapi, pada penglihatan mata aku, ramai saja yang seronok maki hamun, carut dan caci polis sesuka hati. Itu keseronokan mereka.

Ada ka orang tolong polis tatkala mereka menghadapi masalah?

Kalau cakap bab politik, bila dah kalah dalam pilihanraya, maka polis akan dihamun. Malah Uncle Gobala pernah bagi penampar kat polis. Kiranya waktu tu, dia bekorban untuk Datuk Seri Anwar la untuk tunjuk hero bahawa dia berani bagi penampar kat polis. Inilah penangan orang politik yang sanggup buat apa sahaja demi memastikan kelangsungan kuasa politik yang MUNGKIN menjadi milik mereka satu hari nanti.

Pada hakikatnya, polis merupakan salah satu entiti penting untuk sesebuah negara. Pasukan polis merupakan pasukan khas yang ditugaskan untuk memastikan negara kekal aman dan selamat untuk rakyat. Polis juga merupakan satu petugas yang penting dalam menguatkuasakan undang-undang yang digubal. Justeru itu, telah banyak pengorbanan kehidupan, pengorbanan jiwa, dan pengorbanan darah demi memastikan negara kekal aman dan makmur hingga kini.

Penyelewengan dan masalah integriti yang berlaku dalam polis hanya pihak polis sahaja dapat selesaikannya kerana ia datang dari dalam diri polis itu sendiri. Kita sebagai rakyat seharusnya menghormati mereka ketika menjalankan tugas. Sebab kita manusia, polis juga manusia. Tiada yang sempurna. Cuma kerjasama antara kita yang akan menyempurnakan hidup sesama manusia.
1Malaysia
March 15, 2011
2

Comments

  1. tanpa polis dan tentera.. kita tidak akan dapat buat semua benda yang kita dapat buat sekarang.. nak ke kedai runcit pun takut..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pauline, saya menantikan komen seperti yang anda komenkan.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!