Pokok tumbang + kabel melintang = Nyawa manusia?

Ini kejadian malam semalam. Kejadian berlaku antara jam 10 - 11.00malam.

Kejadian berlaku di Jalan Genting Klang menghala ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Berdekatan dengan simpang ke Tasik Titiwangsa berdekatang dengan Pusat Jualan Kereta Iktikadraya.

2 orang sahabat yang baru pulang dari bermain futsal di Sport Planet Wangsa Maju, menaiki motosikal jenis Yamaha LC melalui jalan ini untuk pulang ke rumah di Kampung Baru. Tiba-tiba kedengaran bunyi kabel zzzzzuuupppp disusuli dengan pokok yang tumbang dari bahagian tengah jalan yang sememangnya sibuk pada siang hari.
Kabel (yang ditunjuk arrow) yang melintang di Jalan Genting Klang semalam.

Mangsa cuba mengelak dari melanggar pokok yang tumbang. Ianya kurang berjaya apabila ada "sesuatu" yang menghalang mereka. Si penunggang terpelanting ke tengah jalan, si pembonceng pula terpelanting ke bahagian kiri jalan 3 lorong itu.Sedar sahaja si pembonceng, didapati penunggang tadi sudah berada di bawah bumper kereta yang hanya dikesan dari jenis Honda.

Kejadian pokok tumbang dan juga kabel yang melintang di jalan ini telah mengakibatkan kesesakaln laulintas selama lebih 2 jam di Jalan Genting Klang.

Setelah dianalisis berdasarkan saksi sekitar kawasan tersebut, didapati kabel hakmilik pihak Tenaga Nasinal Berhad (TNB) yang sudah TIDAK BERFUNGSI masih dibiarkan hinggalah ianya kendur lantas apabila berlaku pokok tumbang menyebabkan wayar tersebut melintang merentasi jalanraya.

Penunggang motosikal meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. Pembonceng mengalami cedera ringan.

Persoalan aku,

  • kenapa mesti kabel yang TIDAK BERFUNGSI masih DIBIARKAN?
  • kenapa TIADA PEMANTAUAN kepada pokok yang BERPOTENSI UNTUK TUMBANG tidak dijalankan oleh pihak DBKL?
  • nak tunggu ada yang TERKORBAN ka?
  • atau pihak TNB & DBKL terlalu BANYAK KERJA hingga tidak mampu membuat pemantauan?
**Alhamdulilah, arwah kini dalam perjalanan untuk disemadikan di kampungnya. 
**Si pembonceng kini berehat dalam mengembalikan semangat diri dan juga untuk menyembuhkan luka.
**Takziah buat keluarga Pok Cek (Ab Aiman)
Kredit Gambar: wartawan Malay Mail

9 comments:

  1. takziah...

    dh byk kali berlaku kjadian cam nih..benda yg tak pakai, selenggara la lelok..jgn men tinggal je..byr nk kn byk je diorg nih..

    ReplyDelete
  2. simpati pd keluarga mangsa.. naper la pihak2 t'tentu ni xpernah pikir baik & buruk bila buat ssuatu kerja..

    ReplyDelete
  3. sampai bile bende ni nk brterusan..tlg lh pikir ke dpn n kmbangkn otak!cbe kalo bende tu belaku pd org2 brsangkutan ngn vvip..sure sume kabel/pokok kt tepi jln kne potong tepat 6pg esok jugak..ishh,pk la..

    ReplyDelete
  4. ada sebab la tnb tak buang kabel tu. mungkin untuk act as backup bila kabel lain putus/kena curik ke... aku tatau la, ko tau ke? (dalam paper lak sebut kabel tu bawak arus 33,000 v?? - masih berfungsi ke?) bila xda letrik komplen jugak kat tnb lembab (aku pun komplen jugak .. huhu)

    pokok .. mmg dbkl maintain la. mungkin bukan hari2 diorang check pokok tu .. tapi ada schedule dia (aku agak la).. yang pasti hari2 diorang buang daun2 kering (at least itu yang aku nampak dari opis aku).... last check maybe pokok tu ok lagi...

    tapi aku rasa bagus juga isu ini dipanjangkan lagi ke pihak atasan ... supaya tak berlaku kejadian serupa lagi.

    kabel elektrik umah aku pernah putus ... (lori lalu and sangkut - muatan lebih tinggi nya ..) tnb datang rectify dalam masa setengah sejam. esoknya datang lagi satu team untuk buat balik secara kemas (yang jadi tu malam, and team malam tu buat bagi kitorang ada elektrik dulu)

    bukan nak defend tnb n dbkl, tapi mmg nampak diorang buat kerja. dan kejadian ni di luar jangkaan sama sekali.

    ReplyDelete
  5. InsyaALLAH...sekiranya umur nie masih panjang...dan diberkati ALLAH S.W.T...aku akan berusaha utk memastikan kejadian ini dpt dielakkan namun jika iannya qada' qadar ALLAH S.W.T...aku pasrah dan redha...aku akan pastikan birokrasi yang diamalkan di negara ini akan tumbang menyembah bumi ALLAH S.W.T...

    ReplyDelete
  6. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman

    http://eir-yannie.blogspot.com/2011/03/pergimu-tiada-ganti.html

    ReplyDelete
  7. pokchek, u are such a marvelous friend, pergimu tiada ganti..

    yoi: be strong~

    ReplyDelete
  8. Ismail, thanks atas penerangan anda. Aku hanya mengutarakan persoalan. Jarang ada kejadian yang menyebabkan kematian ni di DALAM JANGKAAN manusia. Akan tetapi, kita perlu lebih aware.

    ReplyDelete
  9. benda ni mmg slalu sgt jadik cmni..dah tehantuk baru nk terngadah *eh betol x ea simpulan bahasa ni?

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.