Thursday, March 31, 2011

Menyibuk dan ambil berat.

Dalam hidup bermasyarakat, kita seharusnya mengambil berat ke atas jiran tetangga mahupun kawan yang terdekat dengan kita. Tapi tak bermakna kita bersikap menyibuk dengan hal peribadi mereka. Ambil berat bermakna kita mengambil tahu hal umum yang berada pada status masalah yang boleh kita bantu atau perbaiki bagi mengurangkan beban hidup orang lain.

Pada pendapat aku, manusia yang ambil berat perkara berkaitan hidup kawan mahupun jiran mereka mampu hidup bahagia kerana sifatnya yang cuba mengurangkan bebanan dan menyenangkan hati individu lain. Lagi ramai orang yang kita senangkan hati, maka balasan Tuhan untuk bahagiakan hati kita akan jadi lebih. Mungkin sebab tu peniaga kedai makan yang ikhlas berniaga (tak sombong dan bukan dari jenis tamak untuk dapatkan keuntungan) akan diberikan rezeki yang melimpah ruah di samping kebahagiaan keluarga. Ini kerana peniaga makan akan memberikan kesenangan hati kepada pelanggannya kerana benar kata pepatah "kenyang perut senang hati".

Peace no War!

Akan tetapi, manusia tak akan dapat lari dari hidup dalam keadaan terlebih. Bila ambil berat melampau, ia akan mendapat taraf menyibuk. Menyibuk ialah perbuatan terlampau ambil berat hinggakan perkara yang tak sepatutnya diambil perhatian pun nak masuk campur. Sebagai contoh, kita mungkin ambil berat terhadap kawan kita yang ada masalah rumahtangga. Akan tetapi tak perlulah kita terlalu ambil berat hingga menyibuk nak tahu kisah dalam kain kawan kita. Itu dah masuk soal peribadi. Sangat membahayakan! Malah memungkinkan pertambahan dosa pada kita.

Kesimpulannya, sayangi orang sekeliling kita. Tak perlu terlampau menyibuk. Andai ada teguran yang nak dibuat, pastikan ia dilakukan dengan halus dan berkesan. Ambil berat itu sesuatu yang mulia, tetapi menyibuk itu perkara yang hina. Gunakan istilah ini sebaiknya demi kebahagiaan bersama. Manusia akan hidup bahagia andai mampu bekerjasama.

1 comments :

Nice blog...

dah follow...

http://awanibiru.com

Sebarang komen amatlah dihargai.