Tuesday, March 22, 2011

MELAYU Tipikal vs MELAYU Moden.

Di sekitar aku terlalu ramai yang mula membencikan Melayu Tipikal. Kiranya kehidupan sebagai Melayu Moden mampu memberikan kejayaan yang gemilang di samping kekayaan harta yang melimpah.

Itu ORANG KATA. Aku kisah sikit sebab isu ni sangat lawak! Seolah-olah kelahiran dia terus tiba dengan kemodenan yang dikecapi sekarang. Tapi ada kebenarannya kalau ia melibatkan KAEDAH BERFIKIR. Tapi aku senaraikan dulu beberapa ciri berdasarkan apa yang ORANG KATA tadi.

Ciri-ciri MELAYU Tipikal:
  • sopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa.
  • memperbanyakkan perkataan TAK MENGAPA dalam proses rundingan.
  • kurang aktif dalam membuat kerja dan menggali idea baru.
  • tak paham Bahasa Inggeris (penguaaan lemah).
  • berpakaian litup kepala hingga ke kaki.
  • cukup waktu solat, bergegas nak solat tak kira apa majlis yang sedang berlangsung.
  • lebih suka mengikut dari mencetuskan sebarang perubahan.
Ciri-ciri MELAYU Moden:
  • sopan tapi kurang santun, keras, tegas dan mampu berbudi dengan kurang bahasa.
  • tidak banyak cakap ketika berunding. Lebih suka mendengar dan kemudian mengutarakan pendapat dengan penuh yakin dan tegas.
  • banyak menggali idea baru demi kemajuan diri.
  • lebih banyak berbahasa Inggeris berbanding berbahasa Melayu. Biasanya bercampur penggunaan bahasa dia.
  • kadang-kadang litup pakaiannya. Kadang-kadang terdedah. Tapi lebih berminat kepada pakaian yang terdedah walaupun litup sifatnya.
  • solat? TAK MENGAPA, kubur asing-asing.
  • lebih suka perubahan dan tak kisah apa caranya.
 Itu ciri yang aku dapat TANGKAP la sepanjang banyak kali disebut tentang perkataan MELAYU Tipikal dan juga MELAYU Moden ni.

GAMBAR HIASAN

Bagi aku, MELAYU ni sifatnya sangat bersopan santun malah hampir kebanyakan amalan yang digunapakai berlandaskan Islam kerana SEMUA MELAYU ialah Islam agamanya. Biarpun wujud beberapa adat istiadat yang bertentangan dengan ajaran Islam, kini dengan arus kemodenan semasa, ianya semakin dilupakan bagi memastikan akidah terpelihara.

MELAYU terhasil daripada 3 elemen utama, beragama ISLAM, bertutur dengan Bahasa MELAYU dan mengamalkan cara hidup MELAYU.

Tetapi, perkara yang aku kurang setuju pada ciri MELAYU Tipikal yang aku senaraikan tadi ialah kaedah berfikir yang suka mengikut saja berbanding menjadi pencetus. Perkara ini menjadikan MELAYU agak ketinggalan dari segi kemajuan semasa. Dari segi cara kerja, aku kurang minat kerana sikap sambil lewa dan sikap TAK MENGAPA dijadikan alasan untuk menjadikan kerja itu mudah dan lambat siap.

Perkara yang kurang aku minat tentang MELAYU Moden ni, sikap terlalu mengikut cara hidup BARAT menjadikan MELAYU selalu LUPA akan ajaran Islam. Bagi mereka itu semua TAK MENGAPA, "aku bukanlah seorang yang alim sangat" itu alasan yang seringkali aku dengar. Kadang-kadang nak buat surau kat ofis pun macam susah. Tapi mahu atau tak, MELAYU Moden ini terpaksa dek kerana sikap MELAYU Tipikal tadi yang memang tegas kalau bab Islam yang cuba dipersoalkan.

Kesimpulannya, tak kisahlah MELAYU bahagian mana kita berada, tepuk badan tanya IMAN. Kalau rasa dilahirkan MELAYU itu sesuatu yang MEMALUKAN, tak perlu rujuk MELAYU sebagai diri anda. Ini kerana MELAYU mampu maju dengan cemerlang dengan hanya digunakan kaedah PENDIDIKAN SECARA KEJAM untuk memastikan pemikiran TAK MENGAPA dan sikap sambil lewa dijauhkan. Insyaallah berjaya.

Baca juga MELAYU Oh MELAYU

2 comments

tak ada masalah,
nak jadi moden pon jangan lupa pasal agama dan bangsa.

Sebarang komen amatlah dihargai.